CARI DI BLOG INI

Memuatkan ...

30 Julai 2016

Merasa Subway Chicken Tandoori Di Metro Point Kajang (Review)

Salam semua dan hai.
Semalam aku singgah ke Subway Metro Point. Dah lama sangat nak rasa sendiri Subway ayam tandoori ni. Bila dengar kat radio lagu yang mamak nyanyi tu memang menguji iman betul.

Bila tengok gambar ni, memang terus rasa nak beli walaupun tak rasa lapar. Memang tergoda. Umph!

Ini dia. Subway chicken tandoori, air jus oren Minute Maid dan cookies coklat. Semua sekali RM12.70. Cookies tu RM0.80 sebiji.

Roti pilihan aku, 9. Grain Honey Oat. Semua sos aku mintak kecuali sos cili. Letak blackpepper dengan minyak olive. Semua sayur juga aku ambil. Barulah berbaloi dengan harga kan?

Cookies coklat sebagai pencuci mulut.

REVIEW
Rasa ayam tandoori dia memang sama dengan mana-mana kedai mamak yang sedap. Memang original. Lembut isi ayam dia bermakna cukup masa perapannya. Dimakan pula dengan campuran sos honey mustard, mayonnaise, ketchup, bbq, ranch, thousand island dan olive oil blend memang menarik rasanya. Cubalah try. Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan rasa dan berbaloi dengan harga yang aku bayar. Rating peribadi aku 4 bintang daripada 5.


P/s: Warna merah ayam tandoori dalam gambar iklan tak sama dengan yang kita beli tau. 

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

29 Julai 2016

Pengalaman Hari Raya Pertama Di Kampung Halaman, Perlis Indera Kayangan Buat Kali Pertama (Must Read)

Salam semua dan hai.
Selamat hari raya aku ucapkan, maafkan kesilapan aku selama mengendalikan blog ni dan buat sesiapa yang mengenali aku ya.


Raya 2016 ni adalah buat pertama kalinya aku sekeluarga berada di kampung, Perlis pada pagi raya. Bertolak pukul 1 pagi dan sampai pukul 8 pagi sempat sembahyang raya kat masjid kampung. Buat kali pertama juga aku berhenti terima duit raya dan beri duit raya kat budak-budak.

Pagi raya hujan lebat. Memang sejuk gila. Masa sembahyang raya memang rasa macam berpuluh-puluh air-cond dalam masjid. Lepas sembahyang, makan dulu juadah raya yang tok masak macam lemang, rendang daging, ketupat palas, sup tulang dan laksa. Ketupat palas tok memang win. Lepas makan, bermaaf-maafan sebelum ambil gambar keluarga.

Keluarga aku. Aku tak tau kenapa muka aku macam tu. Hehe.

 Keluarga Mak Tam.

 Keluarga Pak Cik Zamri.

Semua sekali bergambar. Sebenarnya adik beradik mak aku ada 9 orang. Ada lagi 6 keluarga tapi diorang tak berkumpul kat rumah tok pagi raya. Diorang tunggu kitorang datang rumah je. Maybe itu budaya orang di sini beraya.

Boleh dikatakan hujan lebat sepanjang hari raya pertama ni. Aku yang mula-mula pakai kasut terus pakai selipar je. Masa ni kitorang dalam perjalanan ke rumah pak cik dan mak cik kat Arau.

RUMAH PAK TEH
Rumah pak teh. Pak teh kalau orang datang rumah tak kira hari biasa sekalipun mesti sediakan makanan yang sedap. Kali ni tomyam campur original dan nasi impit kuah kacang. Kuih raya pun banyak semua buat sendiri. Aku makan Almond London almaklumlah orang London kan.

RUMAH PAK DAK
Rumah Pak Dak pula makan bihun goreng, nasi tomato dan ayam masak merah. Kuih raya pun banyak jenis.

Bergambar dengan tok. Tok teringin pakai glasses. Berkenan dia dengan glasses kakak aku tu terus berpindah milik lepas tu. Hahaha. Lawaklah tok aku ni. 

RUMAH MAK NGAH
Kat rumah Mak Ngah pula makan mee goreng mamak. Memang sedap masakan orang utara ni. Masa ni masing-masing dah penat gila beraya. Makanan banyak gila sampaikan aku yang kuat makan ni pun awal-awal surrender makan kat rumah Mak Ngah ni. 

RUMAH TOK
Esoknya raya kedua, tok pula buat open house kat rumah. Semua lauk memang betul-betul masakan kampung. Ada ikan bakar, ulam-ulaman, rebung, ayam goreng, gulai kawah dan macam-macam lagi. Memang layan habis.

Lepas kenyang makan terus bergambar bersama. Memang ramai saudara-mara yang datang memeriahkan hari raya kedua ni. Keluarga Pak Ngah Zam dari KL pun gigih datang sini. Berhari raya di kampung tok adalah sesuatu pengalaman yang sangat sangat berharga. Raya kat sini memang meriah. Hari raya ke 30 pun masih meriah berbeza dengan raya di KL hanya seminggu paling lama kemeriahannya.


P/s: Seronok tengok sekumpulan budak-budak beraya rumah ke rumah. Dapat duit raya RM1.00 pun dah cukup gembira.

P/s: Semua gambar diambil menggunakan kamera aksi Eken H3R. Nantikan review penuh di blog ini.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!