CARI DI BLOG INI

31 Disember 2011

Tahun 2012 Menjelma Dalam Beberapa Minit Je. Ni Dia Azam Aku.



Ketika aku menulis entry ni, kita semua, beberapa negara (ada negara awal siket) akan menyambut tahun baru 2012. Yup dua ribu sebelas dalam beberapa minit je lagi. Ramai member aku dari Fb update status sambut new year kat KLCC la, ade kat Dataran Merdeka, ramai gak kat I-city Shah Alam. Ada yang pergi ceramah Anti Zina yang diterajui Ustaz Azhar Idrus kat Dataran Kemerdekaan Shah Alam.


Aku mmg nak pegi sana, tapi duit aku skarang tak dapat membantu aku isi minyak kereta, bayar tol segala bagai. Lagipun konfem jammed gila plus road block sana sini. Dengar kata jalan utama kat KL ditutup. Ada orang simpan azam diorang 5 tahun lepas, 4 tahun lepas. Azam tu mungkin tak sempat, tak berkesempatan, tak dapat dilakukan. Macam orang lain gak, aku pon ade azam gak. Ni 10 azam aku untuk 2012. Aku paling suka nombor 3 dan 10.


11 AZAM AKU TAHUN NI :
(1) Menjaga solat 5 waktu sehari semalam.( ada mase aku tertinggal di 2011 )
(2) Nak meng-advance kan diri  dalam menguruskan masa seharian.
(3) Nak kecap Anugerah Dekan for sem 1 , 2 dan 3.( sem 4 ngan 5 tahun 2013 la.. )
(4) Tak nak lawan cakap mak or orang lagi tua. ( pak cik,mak cik,lecturer )
(5) Nak jaga hubungan baik ngan member2 se-UiTM dan senior.
(6) Nak buang sifat ego dan membangga-banggakan diri. ( bongkak, angkuh , berlagak )
(7) Tak nak mencarut,mengumpat orang dan mengenakan orang.
(8) Sentiasa happy setiap hari.
(9) Nak mempertingkatkan mutu speaking english.
(10) Nak kumpul seberapa banyak duit.

Itu lah list azam aku for 2012. To 2012, you are welcome! Jangan kecewakan aku wahai 2012. (ape aku melalut ni, hahah)

P/s : Best nya siapa yang gi Dataran Kemerdekaan kat Shah Alam tu. Jeles kot. Satu pengalaman yang bernilai kalau dapat pergi.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Review filem Suatu Malam Kubur Berasap arahan Ernie Chen


Filem Suatu Malam Kubur Berasap ni merupakan buah tangan pertama terbitan pertama oleh OuTLOud Studios. Saudara Ernie Chen merupakan pengarah, lakon layar dan penerbit untuk filem ni. Filem ni ditayangkan mulai 22 Disember lalu.

Sebenarnya aku berpeluang menonton filem ni lebih awal sebab hari tu 5 dan 6 Disember budak Sem 5 ada buat event yang dinamakan Malam Promosi Filem. 2 Filem ditayangkan iaitu fiem ni dan Bujang Terlajak arahan Dekan aku, Prof Madya Razak Mohaideen. Aku berpeluang menonton filem Bujang Terlajak je pasal aku terlepas bas masa tayangan filem Suatu Malam Kubur Berasap. Event ni dilangsungkan di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam.

Selepas malam promosi, Ernie Chen ni datang ke UiTM aku, Puncak Perdana. Dia nak ceritakan sket la mengenai filem pertama dia ni. Dia bagi ucapan yang membuatkan aku nak pergi tonton filem ni kat panggung. Di akhir ucapannya, dia bagitau semua yang dia yakin dan konfiden yang filem ni akan mencapai kutipan minima RM 4 juta. Maknanye paling siket pon 4 juta dia boleh dapat. 


Masa hari Selasa minggu lepas, aku dengan kawan aku pergilah tengok filem ni kat GSC,Terminal One. Memang sangat excited masa nak beli tiket tu. Nasib tiket murah mase tu sebab aku bawak kad matrik, takde kad macam 7 hengget.

So lepas aku tengok filem ni, terdetik lak aku nak buat review pasal filem ni. Best ke tak ?



REVIEW

Filem bergenre seram komedi ni sebenarnya hanya menarik dari segi tajuk filem, pelakon dan sinopsis. Aku bukan berniat mengutuk filem ni, tapi terus terang aku masa dalam panggung bertanya pada diri sendiri, bila nak habis citer ni?

Filem ni menampilkan produk Raja Lawak seperti Angah, Along, Azrul, Faiz dan Wira. Selain tu menampilkan permata baru, Nurul Ain. Filem ni merupakan filem terakhir lakonan Allahyarham Zami Ismail.

Angah Raja Lawak memikul peranan sebagai Atan, penggali kubur yang lurus bendul dan seorang cucu yang baik. Watak diadaptasi dari watak Fei Mau dari drama Jepun kurang menyengat. Rasenya watak Angah dalam Adnan Sempit lebih kelakar.

Along Raja Lawak sebagai Bun yang tak betul pemikirannya. Seorang kutu rayau yang takde hala tuju hidup. Bawak motor honda Cup dan mengorat awek kilang, itu lah modal dia. Tak berapa lawak dia ni. Bila terserempak ngan hantu, dia baca alif, ba, ta. Ok la tergelak gak aku.

Jalan cerita pon susah nak layan. Memang kurang menyengat. Komedi yang ditampilkan tak kena dari segi penyampaian. Susah nak buat satu panggung ketawa.

Watak Azrul sebagai pemandu lori yang sengau suaranya pon susah nak buat orang ketawa. Aku  gelak pon sebab diorang lintang pukang bila terserempak ngan hantu Siti.

Cerita pasal Siti pulak. Watak yang dibawa oleh Alumni UiTM aku, Nurul Ain sebenarnya hantu yang meminta tolong Atan dan Bun untuk sempurnakan jenazahnya. Dia dirogol oleh 2 samseng kampung (tak berapa nak samseng sangat) dan dibunuh selepas itu. Mungkin  scene dia mandi separa bogel kat sungai tu gimik nak tarik penonton ke panggung.

Lagi satu, aku sebenarnya tak tau ape function hantu cina tu. Baik takde pon takpe. Satu scene je aku mampu tergelak masa produksi mencari hantu tu kelam kabut bila hantu Siti muncul.

Banyak dialog yang tipikal dan recycle. Maknenya dialog dia banyak kita boleh lihat dalam filem lain. Itu Fakta. Scene juga banyak menyamai Filem Hantu Kak Limah Balik Rumah. Kene kejar hantu, mimik muka ketakutan kena kejar. Filem ni jauh kalau dibandingkan ngan Hantu kak Limah.

Secara keseluruhannya, filem ni layak mendapat 2/5 bintang. Apa pon ini percubaan berani dari pengarah Ernie Chen julung2 kali mengarah filem yang majoritinya merupakan pelakon melayu. Aku bukan nak kutuk filem ni or nak mengacau mood korang nak tengok filem ni. Aku tak tulis pon suruh korang jangan tengok filem ni. Semua ni hanyalah pendapat aku je. Korang semua boleh menilai sendiri.


P/s : Laman blog Ohartis.com dok puji2 filem ni terbaik,tu sebab aku beli tiket. Sebenarnya diorang dibayar untuk entry tu. Lol.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Bulan Disember Tak Update Blog tapi Trafik hampir 3,000 readers

Assalamualaikum semua pembaca, semua blogger dan selamat sejahtera to all non muslim. Korang sihat ke, mestilah sihat kan.

Sebenarnya ni merupakan 1st entry aku untuk bulan Disember. Hari ni 31 Disember dan esok bermulanya tahun baru 2012. Memang bulan Disember ni aku tak update apa pon. Itu fakta. Autanya aku malas nak update. Haha memang la auta, aku ada sebab tak dapat update blog ni.

Tapi aku terkesima seketika bila aku check trafik blog ni hampir 3,000 readers walaupun takde langsung entry on this month melainkan entry ni. Bukannya niat aku nak bongkak ke, bangga ke, just nak share dengan korang. Blog aku ni bukan yang terbaik sebab ada blog yang trafik dia sebulan mencecah puluhan ribu readers.



Aku harap ini semua akan menjadi batu loncatan untuk aku membuka laman web sendiri aku nanti yang berkemungkinan beralamat, xzarmpro.comAku tak update pun bersebab, Aku di sem 1 UiTM, memang sibuk dan padat jadual aku. Ada saje aktiviti, seminar menarik hujung minggu.

Akhir kata, thanks to pembaca setia yang sentiasa melawat blog 7 ALWAYS. Korang memang best.


P/s : Selalu lepak ngan budak sem 2 kat uitm puncak ni untuk ambil kesempatan. Ehh.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

24 November 2011

A THING YOU MUST KNOW ABOUT.


Assalamualaikum korang,
Entry ni saje aku nak inform sekarang memang aku takde mase sesuai nak update info dalam blog ni dari semasa ke semasa.

Well sekarang ni aku berada kat UiTM Shah Alam yg berPuncak ni. Baru First class dah dapat assignment yang best.



Masa aku tengah tulis ni aku berada di Library Tun Abdul Razak 2.

Mintak maaf bebanyak korang, dalam almost seminggu ni aku tak buat ape2 entry.
Tapi aku masih berbangga even aku tak update entry dlam seminggu ni, trafik aku setakat  aku tulis ni mencecah lebih kurang 3,600 pengunjung untuk bulan November.

Lepas ni korang jangan lupa layari my new website, xzarmpro.com. Maybe awal tahun depan siap website/blog ni.Tapi blog ni pon still berjalan gak dengan adenya pemilik baru, girl lak tu. Mesti korang suka tulisan seorang wanita. Haha tengok je lah nanti.

Konklusinya, thanks a lot kepada yang setia dengan blog 7 ALWAYS ni.
Tanpa korang  takdelah blog ni.

P/s: Sentiasa inginkan yang terbaik dalam semua perkara.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

13 November 2011

Kelebihan Dan Kebaikan Membaca Ayat Al-Quran




Ada seorang Atuk tua tinggal bersama cucu lelakinya di sebuah bukit di pendalaman. Setiap pagi Atuk bangun awal pagi duduk di meja makan dan membaca Al-Quran. Cucunya ingin menjadi seperti Atuk dan meniru seberapa boleh akan bacaan yang dibaca oleh Atuknya. 

Pada suatu hari cucunya bertanya, ‘Atuk! saya cuba membaca Al-Quran macam Atuk baca tapi saya tak faham pun, dan jika saya faham sekali pun saya akan lupa sebaik sahaja saya menutupinya. Apa bagusnya bila kita membaca Al-Quran?’ Sedang orang tua itu meletakkan arang batu ke dalam dapur pemanas badan, dengan perlahan dia menoleh kepada cucunya sambil berkata, ‘ Bawa guni arang batu ini ke sungai dan bawakan saya seguni air.’ 

Budak lelaki itu buat seperti apa yang disuruh, tetapi semua air itu membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Orang tua itu ketawa dan berkata. ‘ Awak hendaklah berjalan lebih cepat untuk yang akan datang,’ dan meminta cucunya ke sungai bersama dengan guni arang batu untuk cuba sekali lagi. Kali ini budak lelaki itu berjalan lebih laju, sekali lagi guni itu kosong sebelum dia tiba ke rumah. Terlalu letih, dia memberitahu Atuknya bahawa mana mungkin untuk membawa air di dalam guni, dan dia pergi untuk mengambil baldi. Orang tua itu berkata, ‘ saya tidak mahu sebaldi air, saya mahu seguni air. Anda tidak cukup kuat mencubanya.’ dan dia menuju ke pintu melihat cucunya mencuba lagi. 

Pada katika itu, budak lelaki itu sudah tahu bahawa tidak mungkin dapat membawa air di dalam guni hingga ke rumah, tetapi untuk tidak menunjukkan apa-apa reaksi kepada Atuknya dia berlari seberapa laju yang dia boleh, semua air yang di bawa masih membocor keluar sebelum dia sampai ke rumah. Budak lelaki itu sekali lagi pergi ke sungai dan berlari secepat mungkin dengan seguni air, tetapi apabila sampai kepada Atuknya, guni tersebut sekali lagi kosong. Meletihkan, katanya,’ tengok Atuk, tak guna!’ ‘ Jadi anda fikir ianya tidak berguna?’ Orang tua itu berkata,’ tengok guni itu.’ 

Budak lelaki itu melihat akan guni tersebut dan buat kali pertamanya dia sedar bahawa guni tersebut sudah berubah. Ia telah bertukar daripada guni lama yang kotor bekas arang batu menjadi begitu bersih, luar dan dalam. 

‘Cucuku, itulah yang akan berlaku jika anda membaca Al-Quran. Anda mungkin tidak faham ataupun ingat kesemuanya, tetapi apabila anda membacanya, anda akan berubah dengan sedirinya, dalaman dan luaran. Itulah kurniaan Allah s.w.t. dalam kehidupan kita.’ 

Oleh itu, marilah kita sama-sama cuba sedaya upaya memperbanyakkan bacaan Al-Quran. Jika perlu untuk belajar, marilah kita Belajar Tajwid Al-Quran untuk menyempurnakan lagi bacaan kita dan baca la juga tafsir/terjemahan Al-Quran agar kita paham apa yang kita baca.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

11 November 2011

Ciri-Ciri Lelaki Yang Dibenci Oleh Wanita



LELAKI MULUT GULA
Dalam erti kata lain lelaki yang suka sweet perempuan ataupun tikus jadian. Umum mengetahui zaman sekarang dah tak main dah sweet-sweet guna mulut, lagi menambahkan benci adalah. Kalau kena jelingan tajam sebagai tanda benci oleh awek tu takpe gak. Jangan sampai awek tu pusing tunjuk jari hantu *fcuk* kat korang, terkincit nanti.

LELAKI YANG BAJET COOL
Lelaki jenis yang suka bajet cool akibat terpengaruh oleh lakonan Farid Kamil dalam I’m not single dan lagenda budak setan. Setiap pergerakan yang dilakukan mesti slow dan steady. Bajet setiap hidup diorang ni diiringi muzik-muzik romantislah gitu. Tapi bila dah terlebih bajet cool, bukan perempuan je, member laki tengok pun dah naik meluat. Nak jaga personalitilah katakan..Contoh paling mudah, nak ajak pergi kedai makan depan rumah memalam pun kena smart-smart. Siap pakai spek warna hitam kuali lagi memalam. Macho ke buta???

LELAKI YANG TERLEBIH LELAKI
Lelaki macam ni biasanya merasakan dia ni anti perempuan. Tak pun kena sentiasa nampak kerek dan ketat. Kalau pandang muka laki macam ni biasanya mata dia mesti macam mata orang ajak gaduh sambil mulut dia terkunci ketat punya. Kena ubah prangai ni bro. Apa yang lu orang bagi, itu yang perempuan balas. Tunjuk muka masam je sapa nak dekat..Tapi kalau buat muka ketat ok lagi. Tapi kalau perempuan tau ko ni kaki pukul perempuan, ko dah boleh lupakan impian nak kahwin dengan perempuan..Dengan binatang boleh lagi ni...

LELAKI YANG SUKA BOCOR RAHSIA PEREMPUAN
Lelaki macam ni memang akan jadi bualan dan siulan perempuan. Suka benar menyibuk kalau perempuan bergosip. Kalau tak dapat join mulalah kata perempuan tu sombonglah, nak merajuklah. Tapi apabila dah dapat join je, dia punya perangai kalah perangai perempuan. Dia akan menyebarkan rahsia tu sehingga ke 7 daerah berdekatan. Habis semua orang dia nak bagitau…Papa jarum alaf baru ni~~~

LELAKI YANG TAK PANDAI JAGA HATI PEREMPUAN
Majoriti perempuan mengharapkan lelaki memahami diri diorang sebab diorang ni kaum yang lemah kerana hati diorang seperti roti tisu yang mudah koyak, cepat terluka. Jadi kalau kaum laki ni suka bonar kacau perempuan tak kena tempat, sampai waktu dia sedih pun korang boleh happy terlompat-lompat macam beruk kacau kaum hawa ni, macam mana nak nampak gentelman.

LELAKI YANG PENGOTOR
Zaman sekarang ni ramai lelaki dah sedar benda ni, sebab tu ramai dah mula ambil berat pasal diri. Tapi masih ada jugak yang abaikan benda ni. Ketiak berbau cendawan basi, stoking bau sotong kering pulau pangkor, misai, janggut,bulu hidung,bulu ketiak dan segala bulu yang tak terurus hingga boleh bukak bisnes ternak lalat. Kuku tu pulak ada kesan makanan yang baru keluar daripada perut..Haish…

LELAKI YANG TAKDE PENDIRIAN
Ini benda penting yang menentukan dia gentelman atau gentleman kerana keputusan seseorang lelaki tu amat bermakna kepada perempuan. Asal perempuan tanya je mesti akan kata, ikut youlah..Semuanya serahkan kepada kaum perempuan. Jangan sampai nafkah batin pun serah kat perempuan sudahlah…Ayg nak buat apa buatlah yang, aiman tak kisah~~~Tapi kalau bab talak ni dia memang power pendirian. Taaaalak je kerjanya...Ini pun boleh lupakan impian nak kahwin jugak...

LELAKI YANG SUKA CERITA BENDA LUCAH
Laki macam ni tak akan dapat banyak pilihan untuk pilih perempuan. Kalau ada perempuan yang tunjuk minat nak kahwin dengan korang tu, cepat-cepatlah kahwin. Siapa tahu mungkin dia 1 dalam 1000 je yang dapat terima perangai korang. Lagipun, kalau dah mampu kahwin, kahwin je. Kalau ‘benda’ tu dah gatal tak elok ditunggu lama-lama. Mengular nanti.



P/s : Berharap aku tidak sesekali seperti ni. Amin.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Toyota Avanza Baru Lebih Sporty Dilancarkan di Indonesia (Gambar)



Toyota Avanza Veloz 2012
Toyota Avanza merupakan sebuah model yang sangat popular dan laris di Indonesia, begitu juga di Malaysia. Mula diperkenalkan di Indonesia pada tahun 2004, pelbagai penghargaan dan pengiktirafan telah diberikan untuk model MPV mampu milik itu atas kemampuannya mencipta fenomena tersendiri di dalam segmennya.
Toyota Avanza merupakan sebuah MPV tujuh tempat duduk yang menjadi pilihan bagi mereka yang sudah berkeluarga. Ia digerakkan oleh enjin yang terbukti menjimatkan, selain ruangnya yang luas menjadi faktor utama mengapa ia terus mendapat tempat di hati rakyat Indonesia. Jualannya di sana sehingga Oktober 2011 telah dicatatkan sebanyak 681,035 unit, yang mana merupakan angka penjualan tertinggi dalam waktu singkat.
Toyota Avanza Veloz 2012 (interior)
Sebagai salah satu bentuk penghargaan dan terima kasih Toyota kepada pelanggan dan pencinta Avanza di atas sokongan yang sangat luar biasa, Toyota Indonesia baru-baru ini telah melancarkan generasi baharu Avanza 2012. Diperkenalkan dalam dua versi iaitu Avanza (All New Avanza) dan Avanza Veloz (All New Avanza Veloz), ia tampil bergaya dengan rekaan terbaru lebih sporty dan maju, namun masih mengekalkan kefungsian asalnya.
Toyota Avanza 2012 baharu didatangkan dalam lima varian : 1.3 E M/T dan A/T, 1.3 G M/T dan A/T, serta 1.5 G MT. Manakala Toyota Avanza Veloz 2012 hadir dalam satu varian tunggal 1.5 Veloz. Lapan pilihan warna ditawarkan untuk Avanza 2012 baharu, antaranya ialah : Black Metallic, Silver Mica Metallic, Gray Metallic, Champagne Metallic, Dark Steel Mica, Light Blue Metallic, Maroon Mica, dan White. Sementara Avanza Veloz hadir dalam 4 pilihan warna : Silver Mica Metallic, Dark Steel Mica, White dan Black Metallic.
Untuk pasaran Indonesia, Toyota Avanza 2012 dilancarkan bersama-sama model Daihatsu Xenia 2012 baharu yang terhasil dari kolaborasi antara tiga syarikat, iaitu Toyota Motor Corporation, Daihatsu Motor Company dan PT Astra International. Menggunakan platform yang sama, masih terdapat beberapa perbezaan di antara kedua-dua model di bahagian luaran dan dalaman.
Berita baiknya untuk rakyat Malaysia, Toyota Avanza 2012 baharu yang dilancarkan di Indonesia itu juga bakal dilancarkan di Malaysia tidak lama lagi, merujuk kepada foto spyshot yang berjaya dirakamkan sebelum ini. Namun masih belum ada tarikh rasmi bila pelancarannya akan diadakan, berkemungkinan besar pada awal tahun hadapan.
P/s : Kilang Toyota di Japan menyiapkan sebuah kereta hanya dengan masa 4 saat.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

10 November 2011

Cara Mengatasi Masalah Dengan Tenang dan Professional (Must Read)

Salam korang semua. 
Sebagaimana kita semua tau, tiada manusia di dunia ni tidak mempunyai masalah. Dalam erti kata lain, setiap manusia di dunia pasti mempunyai masalah. Persoalannya, bagaimana kita mahu menghadapi masalah yang datang?


Cara2 menghadapinya dengan tenang dan penuh professional. Jom baca dan ikut.
1. Kikis segala pemikiran yang tidak elok dan yang tak baik pasal orang lain, perkara, benda dan situasi. Latih diri untuk bersangka baik dan tumpu pada nilai-nilai positif sahaja.
2. Kawal perasaan dan emosi. Jangan biarkan perasaan mengawal pemikiran korang. Cuba tarik nafas dan hembus perlahan-lahan jika korang terasa emosi korang tidak stabil.
3. Kosongkan kotak pemikiran daripada perasaan-perasaan sedih, bermuram durja dan apa jua perasaan negatif. Kosongkan sepertimana kita mengosongkan poket baju, seluar kita.
4. Perbaharui pemikiran kita dengan pemikiran yang lebih rasional dan kreatif dengan berfikir sesuatu yang positif dan menceriakan.
5. Berbuat baik kepada sesiapa saja. Dengan menolong orang dan membuat jasa boleh mendatangkan ketenangan, ketenteraman, menaikkan rasa hormat dan bangga diri.

6. Cuba dengar masalah orang lain dan cuba memberi nasihat atau fikir cara terbaik untuk menceriakan dirinya. Secara tidak langsung ini akan melatih diri kita menjadi lebih matang dalam menghadapi pelbagai permasalahan hidup.
7. Hapus segala perasaan negatif  seperti takut, gugup, tak yakin, sangsi, ragu dan rendah diri tapi bukannya tindakan dengan terlintasnya perasaan ingin membunuh diri. Ingat dengan membunuh diri tidak akan menyelesaikan apa-apa masalah.
8. Kadang-kadang tanpa sedar kita bermasalah sebab kita jauh dari Tuhan. Masalah diberi supaya kita dekatkan diri semula dengannya, kena banyak istighfar dan jaga sembahyang bagi yang beragama Islam.
9. Ingat, sesusah-susah kita pun, ada lagi orang yang lebih susah. Korang mesti bersyukur kerana masih ada pilihan dan alternatif-alternatif lain untuk menyelesaikan masalah satu persatu.
10. Cuba tenangkan fikiran korang dengan fikirkan perkara yang dapat menenangkan fikiran korang seperti fikirkan keindahan alam flora fauna, keindahan bunyi ombak memukul pantai, langit yang membiru atau apa yang korang sukai.
11. Cari kawan yang boleh dipercayai untuk berkongsi segala masalah yang dihadapi. Cuba dapatkan nasihat atau pandangan cara untuk menyelesaikan masalah yng korang hadapi dari orang yang lebih berpengalaman seperti emak dan ayah atau mungkin pakar kaunseling.
P/s : Harap2 boleh membantu pembaca di luar sana.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

09 November 2011

22 Sebab Malaikat Rahmat Tidak Masuk Rumah Anda (Must Read)


1-Rumah orang yang memutuskan hubungan Silatul Rahim.

2-Rumah orang yang memakan harta anak yatim secara haram.

3-Rumah yang memelihara anjing.

4-Rumah yang banyak menyimpan gambar yang mencerca Para Sahabat Nabi, orang yang telah mati dan sebagainya.

5-Rumah yang mengumandangkan nyanyian yang memuja selain daripada Allah SWT.

6- Rumah yang sering meninggikan suara.

7- Rumah yang didiami mereka yang syirik kepada Allah SWT seperti tukang tilik, ahli syihir dan nujum.

8-Rumah yang menggunakan perhiasan daripada emas seperti pinggan dan mangkuk daripada emas.

9- Rumah yang makan makanan yang berbau seperti bauan rokok, perokok, penagih dadah .

10- Rumah yang didiami mereka yang sentiasa bergelombang dengan maksiat.

11- Rumah yang didiami mereka yang melakukan dosa-dosa besar.

12-Rumah yang didiami mereka yang derhaka kepada kedua ibu bapa.

13- Rumah pemakan riba,interest.

14-Rumah yang mengamalkan budaya syaitan seperti kumpulan rock.






15- Rumah yang memiliki patung-patung.

16-Rumah yang memiliki loceng seperti loceng gereja.

17- Rumah yang didiami peminum arak.

18- Rumah yang mempercayai tukang tilik.

19- Rumah yang didiami mereka yang mendapat laknat Allah SWT, pemakan rasuah, pemberi rasuah dan mereka yang mengubah kejadian Allah SWT seperti wanita yang mencukur bulu kening, wanita yang memakai gelang atau rantai di kaki.

20- Rumah yang didiami mereka yang berhadas besar tanpa mandi Janabah/Junub.

21- Rumah yang melakukan pembaziran ( berhias dengan berlebihan ).


22- Rumah yang melakukan maksiat di dalamnya.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

01 November 2011

Bila Bulan November Menjelma. When November Comes True.


Ketika entri ni ditulis, bulan November sudah pun menjelma. Hari ni 1 NOVEMBER 2011. Entri ni merupakan yang pertama dalam bulan ni.

Aku sebenarnya menyambut baik kedatangan Bulan November ni. Sebelum ni aku sendiri sangat 'gementar' menanti Bulan Nov ni. Kalau difikir balik memang taknak bulan Nov ni datang. Tapi kita takde kuasa nak menarik atau memberhentikan masa ni. Walaupun setengah saat. Masa sentiasa berjalan tak kira apa jadi pun. Setuju? Mesti la kan.

Ada 2 benda besar yang aku akan lakukan bulan ni. Itu yang aku tau la, yang tak tau belum  nampak lagi. 2 bende ni aku rasa macam tak yakin aku nak buat.

Pertama, 12 November ni aku diberi kepercayaan oleh akak aku untuk cover majlis kahwin customer dia. Sebabnya dia ade majlis lain kat Port Dickson pada hari yg sama. Aku sebelum ni jadi second fotografer je. Berdiri di belakang dia dalam majlis2 sebelum ni. Kini aku terpaksa cover dia untuk handle 1 majlis seorang diri. Kalau akak aku sorang lagi cuti, maybe dia boleh ikut aku. Aku sebenarnya tak hebat sangat jadi fotografer. Biasa2 je.

Keduanya, aku akan mendaftar untuk kali kedua di UiTM Shah Alam pada 16 November ni. KLIK SINI. Sebelum ni memang aku rasa macam takut2 jer nak sampai tarikh ni tapi sekarang nampaknya macam dah tak sabar. Semua persiapan hampir siap. Yuran pengajian dan pakaian dah settle. Tunggu masa je nak buat assignment kat sana. Haha nampak sangat tak sabar tu.





Ok la sampai sini je la tulisan aku. Terima kasih korang sebab sudi membaca entri aku yang tak seberapa ni.


Baru2 ni aku ada tubuhkan group komuniti di Facebook. Tujuannya nak berkongsi idea dan pendapat sesame member. Di samping tu, boleh berkongsi apa-apa pasal Blog. Pengguna blog baru dialu-alukan sangat masuk group ni. Name group tu ialah UNITESAHAJE.BLOGSPOT.COM.KLIK SINI. Kalau korang sudi nak join just click 'ASK TO JOIN'. Aku akan approve nanti. Setakat aku tulis entri ni, group ni mempunyai 1,020 ahli. Admin pula ada 3 orang setakat ni. 3 orang admin masih dalam pencarian.


P/s : Dimana kita berada,apa pun yang kita lakukan, semestinya kita mahukan yang terbaik kan? Aku pon macam tu jugak.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

29 Oktober 2011

Demi Sebuah Iman Dalam Hati Yang Mudah Lalai



Ada seorang hamba Allah, si Fulan namanya. Dulu dia jahil dan banyak tak tahu tentang hukum hakam dalam Islam, yakni agamanya. Kemudian dia diberi hidayah dan taufik untuk belajar menimba ilmu agama. Sedikit demi sedikit dia ambil ilmu Islam. Sedikit demi sedikit dia berubah dan berhijrah ke arah yang lebih baik. Daripada tak pernah solat, dia solat cukup 5 waktu setelah beberapa minggu berusaha untuk mencukupkannya. Ya perasaan berhijrah itu amat manis dan rasanya tak dapat terungkap oleh kata-kata bila mengsyukuri nikmat Allah.

Hidupnya berubah, dunianya berubah, sekelilingnya berubah. Dia cuba menjaga dirinya dari lalai oleh dunia. Banyak aktiviti di dunianya dahulu disekat dirinya sendiiri kerana takut akan kembali terjerumus ke lembah maksiat. Kawan-kawannya ramai melihat perubahannya, dari segi sikap, perkataan, perbuatan atau zahirnya. Setiap hari dia tak pernah jemu mencari walau sedikit ilmu agama. Mulutnya dilatih supaya menyebut Allah, Allahuakbar, Subhanallah, Alhamdulillah serta beberapa ayat zikir dan bacaan Al-Quran supaya tidak lagi mengucapkan perkataan yang sia-sia.

Matanya dijaga supaya tidak lagi memandang yang haram. Di dunia serba moden ini, banyak sungguh dugaan mata dan hati. Ramainya wanita berbogel walau berpakaian di jalanan membuatkan dia terpaksa jalan tunduk melihat tar-tar jalan raya sahaja sambil sesekali melihat ke hadapan. Telinganya cuba dijaga dari mendengar lagu-lagu yang melalaikan dan kata-kata kesat serta lucah yang diucapkan kawan-kawannya yang masih lagi terbuai di arus dunia moden. Jika boleh segala perbuatannya hendak dijaga dan disekat dari melakukan kesalahan. Ia usaha yang amat sukar, tapi sangat berharga.

Apabila dalam hatinya disematkan Allah dan Islam, cintanya pada dunia makin luput. Walaupun dia seorang graduan universiti dan masih sedang mencari pekerjaan, dia tidak risaukan langsung tentang rezekinya kerana dia yakin Allah ada bersamanya memberi rezeki. Bukan terlalu memilih dan bukan mengada-ngada, cuma dia rasakan hatinya dan dirinya perlu dijaga sebaik mungkin dari arus keduniaan ini. Dia sangat takut untuk bekerja di dunia luar yang penuh dengan segala kelalaian. Dia terlalu cintakan iman yang diperolehi, lalu dia tekad untuk memilih kerjaya dan tempat kerja.

Dalam pemikirannya dia ingin bekerja di masjid, tak kira gajinya sedikit pun dia sanggup. Itu pilihan pertamanya kerana dia akan rasa sejuk hati apabila sentiasa berada di dalam rumah Allah dan dia akan bekerja dalam suasana yang tiada ‘wanita berbogel’ yang dapat merosakkan mata dan hatinya. Jika dia diterima sebagai pembersih masjid pun dia sanggup kerana dia tahu setiap kotoran yang dibersihkan pada masjid itu Allah akan balas dengan ganjaran hebat di syurga. Dia memang ingin sentiasa dekat dengan Allah walau dalam pekerjaannya. Di samping itu dia boleh solat secara berjemaah dan mendapatkan ilmu agama yang banyak dari situ.

Terdetik dalam hatinya untuk bekerja di jabatan agama atau majlis agama yang ada dalam negara ini. Itu pilihan keduanya. Kali terakhir dia pergi ke jabatan agama untuk memohon kerja, dia lihat suasana di sana sangat menyejukkan hatinya, para pekerja lelaki dan wanita semuanya menutup aurat dengan baik. Jadi tiada sangat godaan dari golongan bukan mahramnya. Tapi apa yang menyedihkannya, dia tak pernah ada walau segulung diploma atau ijazah dalam bidang agama yang dicintainya. Memikirkan tentang menyambung pelajaran dalam bidang agama untuk melayakkan dirinya bekerja di tempat sebegini, dia tidak mahu lagi berhutang, cukuplah dengan apa yang ditanggung kini.

Umurnya kian lanjut dan dia masih belum berkahwin. Sepatutnya dalam umur dia yang sekarang, dia sudah patut bekerjaya dan berkahwin. Tapi dia terima semua ini sebagai satu ketentuan dari Tuhan. Ramai kawan-kawan dan sahabatnya sudah menjejakkan kaki ke alam perkahwinan dan ada juga telah mempunyai zuriat, namun dia hanya pasrah menanti ketentuan Tuhan. Dia sebenarnya ingin sangat berkahwin kerana dia hendak menjaga kemaluannya, matanya, hatinya, dari godaan sang hawa dan nafsu. Selain itu dia ingin meningkatkan iman kepada Allah dengan berkahwin, yakni memenuhi sunnah Rasulullah dan dia dapat membuat apa-apa perkara bersama isteri dan pastinya pahala milik mereka yang berkasih sayang sambil mengamalkan ajaran Islam.

Dia tak kisah jika isterinya tak pandai agama atau perlukan bimbingan kerana dia sendiri dahulu seorang yang lalai. Dalam dirinya tersemat satu impian ingin mendidik isterinya dan menjaganya dengan baik seperti amanah yang akan diberi oleh bakal bapa mertuanya. Impiannya hanya satu, ingin hidup bersama dengan isterinya di dunia dan akhirat kekal di dalam syurga selamanya. Dia ingin didik dan jadikan isterinya wanita solehah dan dia ingin redha terhadap isterinya yang diajar tentang Islam yang indah. Semuanya hanya impiannya yang amat tinggi dan ikhlas. Hanya Allah sahaja yang mengetahui segala isi hatinya.

Kini, dia hidup dalam dunianya yang sepi dari manusia, mengurung diri dalam rumah dan amat jarang sekali untuk keluar bersosial bersama rakan-rakannya. Dia ingin menjaga nikmat iman dan islam yang diberi. Walau ibu bapanya kadangkala ‘bising’ kerana faktor usianya yang perlu keluar mencari pekerjaan untuk hidup di masa hadapan, dia masih tetap membisu. Dia meluahkan isi hatinya tentang agama Allah dalam dunia mayanya, berkongsi ilmu dan pahala bersama orang lain. Dalam hatinya dia bersedih atas apa yang ditimpa padanya, tapi apabila dia ingat Allah dan bersujud padaNya, keresahan dalam hatinya hilang dan dia menjadi syukur. Katanya, “Wahai hati, janganlah bersedih, sesungguhnya Allah bersama-sama kita”.

P/s : Segera bersihkan hati seperti kita semua keluar dari perut ibu.Ketika itu kita bagaikan kain putih.Tiada langsung dosa ketika itu.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Fakta-Fakta Yang Sangat Menarik Part 2


Salam 1 Malaysia semua.Hari tu aku ade post Fakta-Fakta Menarik Part 1 KLIK SINI. Post kali ni pula Part 2 punye.Selamat membaca semua.
  1. KELAWAR sentiasa membelok ke kanan apabila keluar dari gua. 
  2. KUCING adalah satu-satunya haiwan yang tidak mempunyai deria rasa.
  3. Sebatang PENSEL mampu menghasilkan garis lurus sehingga 56km. Jika 2 bilion pensel digunakan ia mampu mengelilingi dunia sebanyak 9 kali.
  4. Ratu RAMA RAMA mempunyai deria rasa sebanyak 12,000 kali ganda dari manusia.
  5. Anda dikehendaki melalui 1792 anak tangga untuk sampai kepuncak menara EIFFEL.
  6. JERUNG tidak boleh buka mulut dalam jangka masa yang lama kerana boleh mengakibatkan ia mati lemas.
  7. Gunung berapi terbesar di alam semesta adalah OLYMPUS MONS yang terletak di planet Marikh.
  8. Ikan HARUAN mampu mengesan 27000 jenis bau, sekaligus ia adalah haiwan paling sensitif dengan bau.
  9. Nisbah SEMUT dengan manusia adalah 1,000,000:1
  10. Tanduk BADAK SUMBU bukanlah dari tulang, tetapi ia hanyalah dari bulu yg terkumpul dan padat.
  11. BATU KARANG terbesar dikeluarkan dari badan manusia adalah seberat 1.36kg .
  12. Matahari memiliki tenaga yang cukup untuk menerangi bumi bagi tempoh lebih daripada 5 juta tahun lagi.
  13. Tekanan jantung manusia semasa mengepam darah adalah cukup kuat sehinggakan setiap pancutan boleh memancutkan darah sejauh 9 meter.
  14. Purata setiap manusia manusia memiliki 100,000 helai rambut dan tumbuh lebih cepat pada waktu malam.Sementara itu, hidung pula dikatakan dapat mengenal pasti 10,000 jenis bau yang berbeza-beza.
  15. Setiap hari darah beredar sejauh 180,000 Km dalam tubuh manusia. Ikan emas adalah satu-satunya haiwan yang dapat melihat cahaya inframerah dan ultraungu Setiap 1 cm persegi kulit manusia, didapati mengandungi 7 meter pembulu darah
  16. Terdapat banyak spesies labah-labah yang sanggup mengorbankan tangan dan kaki utk dimakan anak-anaknya yang baru menetas. Langkah ini adalah utk mengelakkan anak-anaknya itu daripada memakan sesama sendiri.
  17. Orang lelaki mudah mendapat buta warna,10 kali ganda berbanding wanita.
  18. Setiap langkah ke hadapan, anda terpaksa menggerakkan 54 otot dalam tubuh badan.
  19. simbol mata wang dollar $ tidak diketahui berasal dari mana, namun kemungkingan berasal dari huruf U dan S (U.S)?
  20. Sebelum wang kertas digunakan, Amerika menggunakan kulit rusa (buckskins)? Hingga sekarang orang mengenall istilah bucks.
  21. World Wide Web diperkenalkan pada tahun 1989, Beatles dibentuk pada tahun 1959, Nestle memperkenalkan produk kopi instan pada tahun 1938.
  22. Semasa di havard university, edward kennedy telah digantung dari peperiksaan spanish kerana menipu.
  23. Pemutar skru telah dicipta sebelum skru dicipta.
  24. Pemutar skru jenis philips telah dicipta di oregon.
  25. Bendera kebangsaan italy telah diilhamkan oleh Napoleon Bonaparte.
  26. Cahaya dari matahari memerlukan 8.5 minit untuk sampai ke bumi.
  27. Tibet ialah negara tertinggi didunia iaitu pada kedudukan 4500m dari paras laut.
  28. Tiada tanah di kutub utara, hanya ais yang melitupi permukaan laut.
  29. Terdapat lebih 4 juta kereta di brazil menggunakan gasohol berbanding petrol, gasohol ialah minyak yang dihasilkan dari tebu.
  30. Gajah menghabiskan masa selama 23 jam untuk makan.
  31. Anak ikan paus biru yang baru lahir mempunyai berat 7 tan ketika lahir.
  32. Istana terbesar didunia yang mengandungi 1788 buah bilik pernah dibina untuk sultan brunei.
  33. Levi Strauss membuat sepasang jeans biru pada tahun 1850, dibuat untuk digunakan oleh pelombong emas.
  34. Tahukah anda bahawa mulut kita menghasilkan 1 liter air liur setiap hari…
  35. Jantung manusia dapat menyemburkan darah sejauh 30 kaki
  36. Dalam waktu 24 jam, tubuh manusia rata-rata melakukan aktifiti:
  37. Jantung berdenyut sebanyak 103,689 kali
  38. Darah mengalir 1,680,000 batu.
  39. Kuku tumbuh sepanjang 0.00007 inci
  40. Rambut tumbuh sepanjang 0.01715 inci
  41. Menghabiskan 2.9 pounds air
  42. Menghabiskan 3.25 pounds makanan
  43. Menghisap 438 kaki kubik udara
  44. Menghasilkan 1.43 pints keringat
  45. Berbicara sebanyak 4,800 perkataan
  46. Bergerak saat tidur sebanyak 25.4 kali.
  47. Tahukah anda kita tidak akan berasa GELI bila kita mengeletek diri kita sendiri.

P/s : Memang fakta, terfaktab.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

27 Oktober 2011

Fakta-Fakta Yang Sangat Menarik Part 1



1. Tahukah anda apabila 350ml air yang diambil dari sinki dan kemudiannya dituangkan ke dalam cerek yang mengandungi 150ml air suling dan dibiarkan terdedah kepada nyalaan api bersuhu 100 darjah celcius akan menghasilkan satu cecair yang dinamakan air masak. 

2. Percayakah anda yang air sirap merupakan salah satu bahan asas dalam pembinaan sebuah helikopter. Ini kerana kajian telah dibuat, seorang pembina helikopter memerlukan air sirap untuk menghilangkan keletihan semasa membuat helikopter, tanpa air sirap mungkin helikopter tersebut tidak dapat disiapkan. 

3. Sebuah kereta yang dipandu selaju 220 km/j tidak akan dapat memotong kereta yang dipandu selaju 40 km/j sekiranya kereta-kereta tersebut dipandu dari arah yang bertentangan 

4. Tahukah Anda dalam bahasa Inggeris dan Italy, jurugambar dikenali sebagai paparazi. Perkataan itu dipercayai diambil dari watak paparazzo dalam filem La Dolce Vita yang diterbitkan oleh Federico Fellini pada tahun 1960. Dalam bahasa melayu pula, ayah kepada seorang budak yang bernama Razzi juga boleh dikenali dengan nama papa Razzi. 


5. Tahukah Anda magnet ialah sejenis logam yang juga digelar besi berani. Sebagaimana namanya magnet ialah besi yang berani menarik butir-butir besi lain kearahnya. Bagaimanapun orang yang diupah untuk menarik kereta bukanlah magnet. 

6. Tahukah Anda bunyi perkataan lempeng dan tempeleng adalah hampir sama walaupun ia berbeza dari segi rupa bentuknya. Tapi, walaubagaimanapun orang yang kena tempeleng masih boleh memakan lempeng apabila dia berasa lapar. 

7. Tahukah Anda gunung berapi yang berusia tiga ratus tahun disahkan masih aktif untuk meletup. Tapi mengikut kajian ahli gunung, api elektrik di rumah kita tidak akan aktif jika tidak membayar bilnya selama tiga bulan. 

8. Tahukah Anda orang yang tidak pernah kisah langsung tentang wang ringgit, pangkat, kedudukan dan harta dunia ialah Orang Utan. 

9. Tahukah Anda ahli sains seluruh dunia bersepakat jika nasi ayam dimakan sewaktu lapar, perut kita akan mengalami satu tindakbalas yang berupa kekenyangan. Nasi ayam juga boleh digunakan sebagai ubat untuk menggembirakan hati kita bila nasi ayam yang dimakan itu dibelanja oleh kawan kita.


P/s : Tak pernah terpikir semua ni tapi yang penting ianya FAKTA!
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!