CARI DI BLOG INI

24 Mac 2011

Keburukan Minuman Coca-Cola. Katakan Tidak Kepada Minuman Berkarbonat.

Ada yang panggil Coke dan ada juga yang panggil Coca-Cola. Korang mesti pernah minum kan? Tipu lah kalau sekali pun korang tak pernah. Aku pun pernah minum tapi aku lebih sukakan Mountain Dew & Kickapoo. Caiya siket rasanya. Murah pun murah.


Okay, mungkin ada yang dah pernah terbaca dan ada yang belum. Coke atau Coca-Cola ini sebenarnya sangat bahaya. Selain untuk diminum, Coke juga boleh:

Mencuci jamban korang
- Tuangkan satu tin Coke kedalam mangkuk tandas
- Biarkan selama 1jam
- Pam jamban korang
- Hasilnya , mangkuk tandas korang akan bersih . Tanpa perlu disental ;)
-So lepas ni korang tak perlu lah beli pncuci tandas mahal2 lagi. Cukup RM1.80, dah bersih berkilat mangkuk jamban tu.

Melonggarkan nat yang berkarat
- Rendam kain dalam Coke
- Gunakan kain tadi untuk melonggarkan nut tersebut

Mampu menghilangkan kesan gris




pH Coke ialah 3.4. Ianya adalah sebuah kadar asid yang tinggi yang berupaya menghakis gigi & tulang. 

Jadi konklusinya kurangkanlah atau hentikanlah tabiat minum Coke dan air yang seangkatan dengannya seperti Pepsi, Mirinda dan lain-lain.

P/s: Founder Coca-Cola sendiri pernah mengaku dia tak minum pun air Coke ni.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

20 Mac 2011

10 Perkara Yang Membuatkan Lelaki Malu Dan Segan!



Okay, hari ni aku nak kongsi tips sikit. Memang dah ditakdirkan lelaki ni memang ego dan tak mahu mengalah tapi kalau diorang ni dimalukan macam mane kan? Lagi-lagi laki yang tunjuk cool setiap masa, pada hakikatnya tak cool langsung. 10 perkara yang membuatkan lelaki malu serta segan:


MENANGIS


Ini adalah antara perkara yang ingin dielak oleh hampir semua lelaki. Lelaki menganggap, andai menitiskan air mata, segala sifat macho dan gagah akan hilang. Bagi kebanyakan lelaki, mereka akan berusaha untuk tidak menangis di hadapan khalayak lebih-lebih wanita..

Apa yang perlu dilakukan?

Tidak salah menangis dan sudah sudah menjadi lumrah manusia untuk berasa sedih hingga menitiskan air mata. Menangislah andai perasaan sudah tidak dapat dikawal lagi.

Mungkin dengan menangis, akan terpancar perasaan kasihan dan selain menunjukkan sisi berbeza diri anda sebagai seorang yang sensitif. Wanita cukup terusik andai lelaki menunjukkan rasa belas dan sensitif selain sifat macho dan gentleman. Tidak semestinya menangis itu suatu perbuatan memalukan, ia boleh menjadi salah satu keistimewaan lelaki.

TERJATUH

Semasa kecil, jika anda terjatuh, pasti ramai yang membantu dan memujuk jika menangis akibat kesakitan. Apabila usia sudah menginjak dewasa, ramai lelaki malu jika terjatuh atau tersadung di hadapan orang ramai.

Bagi lelaki, setiap langkah akan diatur kemas. Lelaki sentiasa memastikan tidak tersalah langkah atau terpijak sesuatu hingga terjatuh. Lebih-lebih lagi jika sedang berjalan berdua-duaan dengan kekasih hati.

Apa yang perlu dilakukan?

Jika terjatuh, cool dan biarkan saja. Cepat cari alasan kenapa anda terjatuh seperti terpijak tali kasut yang terbuka ikatannya atau lantai tidak rata. Jangan panik dan malu, berlagaklah seperti tidak ada apa-apa yang berlaku dan cool, okay?

TIDAK CUKUP DUIT

Jika tidak cukup duit pada tengah bulan, mungkin biasa dan bukanlah satu perkara yang menghairankan. Tetapi sungguh memalukan andai selepas menjamu selera bersama kekasih dan ketika mahu membayar, anda tidak mempunyai wang yang cukup.

Sudah tentu ketika itu dunia akan menjadi gelap seketika, tambahan pula sebelum keluar, anda beria-ia berjanji membelanjakan makan.

Apa yang perlu dilakukan?

Bersikap jujur dan beritahu pasangan anda situasi sebenar. Dalam perhubungan, tidak semestinya lelaki yang harus berbelanja setiap kali keluar bersama. Harus ada tolak ansur dan berjanji anda akan mengeluarkan belanja pada pertemuan berikutnya.

KENDERAAN ROSAK DI TENGAH JALAN

Anda dalam perjalanan bersama pasangan atau majikan dan tiba-tiba di tengah perjalanan, kenderaan yang dinaiki rosak. Teruk anda dikutuk kerana tidak memeriksa kenderaan dengan sebetulnya.

Apa yang perlu dilakukan?

Jangan cepat melenting kerana ini akan memburukkan lagi keadaan. Ambil pendekatan dengan menelefon trak tunda secepat mungkin dan katakan dengan jujur mengenai keadaan kenderaan anda.

DIHINA

Wanita yang anda sukai menghina anda dan menolak cinta anda. Begitu juga dengan majikan anda yang memarahi dan menghina di depan rakan sekerja yang lain. Sudah tentu anda akan malu dan ingin memarahi mereka semula.

Apa yang perlu dilakukan?

Lelaki tidak boleh menerima jika mereka dihina lebih-lebih lagi di hadapan khalayak. Jangan cepat melenting dan marah, banyakkan bersabar dan fikir semula kenapa anda dihina.

Lelaki yang bersikap sopan dan penuh kesabaran adalah lelaki yang dipandang tinggi oleh semua. Jika ada kesempatan bersemuka dengan mereka yang menghina anda, katakan dengan lembut dan bincang apa yang perlu dilakukan bagi membersihkan nama anda.

DIKALAHKAN

Pantang bagi seorang lelaki dikalahkan dalam apa juga perkara terutama pihak yang menang itu adalah wanita. Sudah tentu perasaan anda ketika itu penuh dengan malu, tidak puas hati dan dendam.

Apa yang perlu dilakukan?

Sentiasa percaya kepada takdir dan tidak semestinya anda akan selalu berada di atas. Ada ketikanya anda akan berada di bawah dan jika anda tewas, ucapkan tahniah kepada lawan anda. Terima kekalahan dengan hati terbuka dan anggap ini semua cabaran dalam kehidupan.

TERBONGKAR

Lelaki juga penuh dengan rahsia yang tersembunyi dan tidak diketahui oleh orang lain. Jika rahsia mengenai mereka terbongkar, sudah tentu ini akan memalukan mereka. Bayangkan jika tabiat anda semasa tidur bertemankan bantal busuk sedari kecil diketahui oleh rakan-rakan anda. Sudah tentu ia akan membuatkan anda malu seketika bukan.

Apa yang perlu dilakukan?

Terangkan secara psikologi kenapa anda tidak boleh tidur tanpa memeluk bantal busuk anda. Tunjukkan anda mempunyai jawapan akademik yang akan mematahkan setiap tutur kata mereka. Katakan juga, anda sedang berusaha untuk mengubah cara hidup anda ini.

LUPA HARI ISTIMEWA

Lelaki tidak ramai yang mempunyai rutin hidup terancang lebih-lebih menyimpan rekod mengenai perkara penting seperti tarikh lesen memandu tamat, jauh sekali hari jadi atau hari istimewa yang sepatutnya diraikan. Akibatnya, lelaki sering terlepas hari istimewa seperti hari jadi atau sambutan ulang tahun perkahwinan hingga ia kadang kala melukakan hati si dia atau isteri.

Apa yang perlu dilakukan?

Mulalah menyusun kembali rutin hidup. Dalam kecanggihan dunia teknologi sekarang, banyak gajet yang boleh dimiliki lelaki untuk menyimpan rekod secara sistematik di mana ia boleh mengingatkan kita apabila tiba detiknya.

PENDEK

Maaf, mungkin tidak diterima, tetapi inilah kenyataannya. Lelaki pendek selalu berasa dirinya memiliki kekurangan sedangkan sebenarnya tidak. Wanita tidak semuanya memilih lelaki tinggi lampai untuk dijadikan teman. Andai memiliki ciri-ciri fizikal idaman sekalipun, namun pakej diri tidak sempurna, anda tetap akan dijauhi, okay?

Apa yang perlu dilakukan?

Tonjolkan identiti anda yang sebenar dan sentiasa berfikiran positif. Ya, mungkin anda tidak memiliki ketinggian ideal, tetapi anda ada personaliti dan peribadi yang memikat. Jangan lupa, wanita sukakan sesuatu yang cute dan comel. Anda mungkin pilihan mereka!

JERAWAT

Jerawat paling ditakuti terutama lelaki yang meningkat usia remaja. Bimbang ‘saham’ turun atau tidak menarik, kebanyakan lelaki yang sensitif dengan paras rupa bimbang wajah ditumbuhi jerawat. Apatah lagi yang sedang berusaha mencari pasangan, sebiji jerawat yang tumbuh saja sudah cukup mengganggu emosi.

Apa yang perlu dilakukan?

Amalkan gaya hidup sihat dan bersih. Pastikan kulit wajah sentiasa dijaga dengan pelbagai produk perawatan wajah yang boleh dibeli di pasaran. Andai anda memiliki kulit sensitif, kenal pasti jenis makanan atau perbuatan yang perlu dielak setiap masa.


Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!