CARI DI BLOG INI

11 Mei 2011

Kereta Supercar Bugatti Veyron Milik Sultan Johor

Kereta yang diiktiraf terpantas di dunia iaitu Bugatti Veyron ini dikatakan milik Sultan Johor iaitu Sultan Ibrahim. Difahamkan Bugatti Veyron milik Baginda Sultan Ibrahim menjadi kenderaan yang pertama berada di Malaysia setakat ini. Terdapat spekulasi mengatakan sudah ada 2 orang individu yang memiliki Bugatti Veyron di Malaysia tetapi tiada pihak yang dapat mengesahkan kesahihan berita tersebut.
Sesuai dengan hobi Baginda yang gemar mengumpulkan kenderaan yang bertaraf  ‘Super Car’ ini dan kereta yg susah dilihat di Malaysia.Hiasan dalaman yang berwarna biru gelap dan putih melambangkan warna bagi negeri Johor.

Ini adalah sebuah lagi kenderaan Super milik Sultan Johor iaitu FORD F650. Semua koleksi kenderaan mewah milik Baginda Sultan dibeli menggunakan duit Baginda sendiri iaitu hasil dari pelbagai perniagaan. Difahamkan Baginda menggunakan kereta mewah BMW 525i untuk digunakan pihak polis yang mengiringi Baginda. Hebatnya.
Ini adalah beberapa fakta menarik tentang Bugatti Veyron yang korang harus tahu:
1. Seliter minyak yang di isi untuk Bugatti hanya boleh bertahan sejauh 3.2 kilometer sahaja.
2. Sistem brek yang digunakan untuk kereta ni mampu bertahan untuk suhu setinggi 1800°C.Telampau pantas turh.
3. Tenaga yang digunakan bagi menjalankan enjin Bugatti mampu menghasilkan tenaga haba untuk 10 buah rumah ketika musim salji.
4. Bugatti Veyron menggunakan tayar Michelin PAX yang tidak dijumpai bagi mana-mana kenderaan. Sebuah tayar adalah 14.5 inci lebar iaitu 2 kali ganda tayar biasa. Tayar yang ingin ditukar harus di import dari Perancis dengan kos sehingga USD70,000 (dalam RM260 000).
5. Sebuah tangki minyak Bugatti mengambil masa sehingga 8 hari untuk disiapkan.
6. Kelajuan Bugatti mampu mencecah 100km/j dalam masa 3 saat dan 300km/j dalam masa kurang 14 saat.
7. Bugatti Veyron dapat berhenti pada kelajuan 400km/j dalam masa kurang dari 10 saat sahaja.
8. Pada kelajuan 400km/j di atas jalan raya, tayar Bugatti Veyron hanya mampu bertahan selama 15 minit sahaja.
9. Difahamkan harga bagi sebuah kenderaan yang dihasilkan di Perancis ini mencecah RM4 juta sebelum cukai. Jika termasuk cukai, harga terus melambung ke RM12 juta. Berminat,hahha?
10. Kuasa maksimum enjin Bugatti ialah bersamaan dengan 1100 BHP iaitu menyamai 10 enjin Campro CPS.Ingat 10 enjin Campro.CPS lak t.
11. Sebuah enjin Bugatti mempunyai 16 silinder iaitu menyamai 4 buah enjin kereta biasa.32 valve tu.
12. Bugatti Veyron mempunyai 7 gear sama seperti kereta Formula 1.
13. Berat kosong Bugatti ialah kira-kira 1.9 tan iaitu hampir sama dengan berat 2 buah kereta MyVi.
14. Pada kelajuan 400km/j ke atas, Bugatti menggunakan lebih kurang 1.2 liter petrol.
15. Pada kelajuan 400 km/j juga, jumlah udara yang disedut oleh enjin Bugatti membolehkan manusia normal bernafas selama 4 hari. Fuhh.

16. Aku tak mampu beli kereta ni. Sekian.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!