CARI DI BLOG INI

19 Jun 2011

Ciri-Ciri Lelaki Sejati Yang Anda Perlu Tahu

Salam kepada semua.
Artikel kali ni aku persoalan sikit pada diri seorang lelaki. Adakah semua lelaki sejati, bagaimana nak menentukan lelaki itu sejati atau tak?? Persoalan akan terjawab di artikel ini. Sila baca. Sebenarnya ini pendapat saja, terpulanglah kepada semua untuk menilai bagaimana ya.


  • Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bahunya yang kekar, tetapi dari kasih sayangnya pada orang disekitarnya.
  • Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari suaranya yang lantang, tetapi dari kelembutannya mengatakan kebenaran.
  • Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah sahabat di sekitarnya, tetapi dari sikap bersahabatnya pada generasi muda bangsa.
  • Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari bagaimana dia di hormati ditempat bekerja, tetapi bagaimana dia dihormati didalam rumah.
  • Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari kerasnya pukulan, tetapi dari sikap bijaknya memahami persoalan.
  • Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari dadanya yang bidang, tetapi dari hati yang ada disebalik itu.
  • Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari banyaknya wanita yang memuja, tetapi komitmennya terhadap wanita yang dicintainya.
  • Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari jumlah tanggungjawab yang dibebankan, tetapi dari tabahnya dia menghadapi lika-liku kehidupan.
  • Lelaki yang sejati bukanlah dilihat dari rajinnya membaca kitab suci, tetapi dari konsistennya dia menjalankan apa yang ia baca.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

17 Jun 2011

Perodua Myvi 2011 Dilancar


Meneruskan momentum kejayaan model Myvi yang merupakan kereta nombor satu, Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) kini memperkenalkan Myvi baharu di pasaran.
Pengarah Urusan Perodua, Datuk Aminar Rashid Salleh berkata, kereta bersaiz kompak dengan ruang dalaman yang luas itu masih menekankan konsep gaya dan kemudahan seperti Myvi sebelum ini tetapi kemudahannya ditambah baik dari segi rupa yang lebih segar, ciri-ciri keselamatan dan pengendalian fungsi terkini.
“Mengikut jejak langkah model Myvi, model terbaharu ini dilihat sebagai kereta rakyat kerana reka bentuknya yang inovatif, teknologi kejuruteraan dengan menggunakan material berkualiti tinggi dan harga jualan yang berpatutan.
“Boleh dikatakan model Myvi baharu ini memberikan nilai yang tinggi kepada pembeli,” katanya selepas majlis pelancaran model terkini Perodua di sini semalam.
Majlis disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

16 Jun 2011

Bukti Harga Petrol Malaysia Sangat Murah.


Salam semua. Ini salah satu bukti harga petrol kat Malaysia sangat murah. Hahahah lawak gila. Memang layan sketsa daripada Jozan Show ni. Sketsa ni memang dah lama tapi kalau tengok banyak kali pun tak boring. Paling tak boleh blah ayat Zizan ''ni dah macam motobot aku tengok''. Modenas tak saman ke? Hahah tapi memang betul pun dia kata. Kalau korang tengok Modenas X-Cite dengan motobot memang banyak persamaannya.



Video ni sedikit sebanyak seperti memperli kenaikan mendadak harga minyak petrol kat Malaysia ni. Kalau pak menteri tengok ni, bagus juga, at least dia boleh buat sesuatu untuk kurangkan harga petrol kat Malaysia ni.


P/s: Harga minyak dunia dah turun, kenapa Malaysia tak turun?

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

11 Jun 2011

CTRIC - Motosikal Elektrik Pertama Buatan Modenas


SYARIKAT pengeluar motosikal tempatan, Motosikal Dan Enjin Nasional Sdn. Bhd. (Modenas) bakal memperkenalkan model motosikal elektrik pertamanya iaitu Modenas CTric tidak lama lagi.CTric gabungan antara name model Modenas sebelum ni,CT + ric (Electric).
Motosikal tersebut dilengkapi lima unit bateri asid plumbum 12V/20AH berasaskan teknologi Nano Gel sebagai sumber tenaga penggerak dan boleh dikitar semula selepas tamat tempoh hayatnya. Bateri yang memiliki jangka hayat sebanyak 500 kitaran itu juga mempunyai nilai pembelian semula.


Motosikal hijau CTric mengguna pakai motor jenis Motor Arus Terus Tanpa Sesentuh berkuasa 3.60kW @ 80 kilometer/sejam (km/j) kalis air selain memiliki bearing gandar berkelajuan tinggi, alat pengesan Honeywell Hall dan Brakeless Rotor. Pada kelajuan purata 30km/j, motosikal tersebut mampu mencapai jarak sejauh 60km untuk setiap cas penuh. Ia juga berupaya mencapai had laju sehingga 80km/j.

Unit Kawalan Motor jentera itu dilengkapi dengan Programmed Torque Syncronizer, Overload Protection System, Smooth Digitised Sequential Power Switching dan pengecas pintar yang mengambil masa selama 3.5 jam untuk pengecasan pantas. Bagi pengecasan normal pula, tempoh selama lapan jam diperlukan. Kos elektrik dianggarkan sebanyak satu sen untuk setiap km.

Ketua Pegawai Eksekutif Modenas, Abdul Halim Ismail berkata, motosikal CTric diuji berdasarkan tahap piawaian ujian JIS (Japan Industrial Standard) dan lulus standard piawaian Malaysia iaitu SIRIM MS2413.
“Motosikal ini amat praktikal bagi mereka yang sering bergerak dalam radius di antara 30km hingga 50km sehari dan pastinya membantu memulihara alam sekitar. CTric juga sesuai untuk tunggangan santai atau kegunaan dalam kawasan kampus universiti," katanya dalam satu kenyataan.Harga permulaan pula dijangkakan bawah RM5000 sahaje.
P/s: Belilah barangan buatan nasional.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Malaysia Vs America Vs Japan



Pada sebuah pertemuan antara Menteri Teknologi Sedunia di Langkawi. Menteri Jepun, Amerika Syarikat (AS) dan Malaysia sedang bual kosong.

Menteri Jepun : Kalau anda ke Jepun, anda gali tanah kami, baru saja sampai 7 meter, anda akan temukan banyak chip, rangka-rangka besi, papan sirkit elektronik dan lain-lain. Ini menunjukkan bahawa sejak zaman nenek moyang, kami bangsa Jepun sudah mengenal teknologi robot.

Menteri AS : Kalau anda ke Amerika, anda gali tanah kami, baru saja sampai 3 meter, anda akan temukan jejak-jejak radioaktif. Ini adalah petanda bahawa sejak zaman dahulu kala, kami bangsa Amerika sudah mengenal teknologi nuklear.

Menteri Malaysia : Oleh kerana tuan-tuan sedang di Malaysia, saya persilakan tuan-tuan untuk menggali di sini biar tahu ada apa di bawah tanah kami.

(Dipanggillah 2 orang tukang untuk segera menggali tanah. Setelah kedalaman 70 meter, ke-2 tukang naik ke atas lagi)

Menteri Malaysia : Apa korang jumpa ?
Tukang gali : Tidak ada apa-apa
Menteri Malaysia : Ada KABEL TELEFON tak di bawah sana ?
Tukang gali : Takde Dato’..

Menteri Malaysia : (sambil ‘menjeling kerek’ ke menteri Jepun dan Amerika) Itulah petanda bahawa kami bangsa Malaysia, sejak zaman purbakala, sudah menggunakan teknologi WIRELESS!

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

10 Jun 2011

Dosa Setiap Kali Anda Meninggalkan Solat


SUBUH : Pintu rezeki terbuka luas jika anda bangun untuk Solat Subuh.
Sekali meninggalkannya dimasukkan ke neraka selama 30 tahun di akhirat (bersamaan 60,000 tahun di dunia)

ZOHOR :
Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti membunuh 1,000 umat Islam.

ASAR : 
Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti meruntuhkan Baitullah (Kaabah di Masjidil Haram Makkah)

MAGHRIB : 
Sekali meninggalkannya dosanya sama seperti berzina dengan ibu sendiri


ISYAK :

Sekali meninggalkannya Allah tidak redha orang itu tinggal di bumi dan berbumbungkan langit serta makan dan minum dari nikmat-Nya


P/s: Apa susah, sembahyang penuhkanlah. Sembahyang itu wajib, tak sempurna hidup tanpa sembahyang.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

4 Golongan Lelaki Yang Mungkin Menempah Awal Neraka (must read)



Pertama:- 'Ayahnya' - Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia.Dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji dan sebagainya.Dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat.. tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja maka dia akan ditarik oleh anaknya.

Kedua:- 'Suaminya' - Apabila seorang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat,memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yang bukan mahram,apabila suami mendiamkan diri.. Walaupun dia seorang alim (solat tidak tangguh, puasa tidak tinggal)maka dia akan ditarik oleh isterinya.

Ketiga:- 'Abang-abangnya' - Apabila ayahnya sudah tiada, tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh kepala abang-abangnya.. jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM. Tunggulah tarikan adiknya di akhirat.

Keempat:- 'Anak Lelakinya' - Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yang haram dari Islam, maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan diakhirat kelak.. Nantikan tarikan ibunya.

Sumber: Google.com
Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat...maka kaum lelaki yang bergelar ayah / suami / abang atau anak harus memainkan peranan mereka yang sebenar tidaksilap firman ALLAH S.W.T.:-

" Hai anak adam peliharakanlah diri kamu serta ahli kamu dari api neraka,di mana bahan pembakarnya ialah manusia dan batu-batu.."

Hai wanita, kasihankan ayah anda, suami anda,abang-abang anda serta anak-anak lelaki anda..Kesiankanlah mereka dan juga diri kamu sendiri..jalankan perintah ALLAH S.W.T. dengan bersungguh-sungguh dan dengan penuh ikhlas..

Akhir kata, marilah kita berdoa agar kita semua terselamat dari ditarik dan tertarik oleh mana-mana pihak. Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH S.W.T. nilaikan seseorang muslim dengan SYURGA.. semua kaum muslim masuk syurga..janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji ALLAH S.W.T.


P/s: Semoga kita semua tergolong dari ahli syurga yang memasukinya tanpa hisab. AMIN YARABBALALAMIN.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!