CARI DI BLOG INI

29 Ogos 2011

Singkatan Nama Pelbagai Negara Di Dunia


Rupanya banyak2 negara di dunia menggunakan nama singkatan atau short form. Entry kali ni mengenai singkatan nama pelbagai negara di dunia ni. Terdapat keunikan dari short form yang digunakan oleh kebanyakan negara.

Malaysia takde dalam senarai sebab negara kita tak gunakan short form. In fact, Malaysia diambil dari gabungan Malaya + Asia = Malaysia.



 H.O.L.L.A.N.D.
Hope Our Love Lasts And Never Dies

I.T.A.L.Y.
I Trust And Love You

L.I.B.Y.A.
Love Is Beautiful,You Also

F.R.A.N.C.E.
Friendships Remain And Never Can End

C.H.I.N.A.
Come Here.....I Need Affection

B.U.R.M.A.
Between Us,Remember Me Always

N.E.P.A.L.
Never Ever Part As Lovers

I.N.D.I.A.
I Nearly Died In Adoration

K.E.N.Y.A.
Keep Everything Nice,Yet Arousing

C.A.N.A.D.A.
Cute And Naughty Action that Developed into Attraction

K.O.R.E.A.
Keep Optimistic Regardless of Every Adversity

E.G.Y.P.T.
Everything's Great, You Pretty Thing!

M.A.N.I.L.A.
May All Nights Inspire Love Always

P.E.R.U.
Phorget (Forget) Everyone...Remember Us

T.H.A.I.L.A.N.D.
Totally Happy,Always In Love And Never Dull


P/s: Baru tahu. Hehe.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Raya Aidilfitri Part I : Aku Pilih Hari Raya Puasa dari Hari Kemerdekaan


Hari ni hari Isnin bersamaan dengan 29 Ramadhan untuk 2011. Esok dah confirm kita sebagai umat Islam akan menyambut Hari Raya Puasa.

Aku sebagai umat Islam pastinya akan juga menyambut hari raya.Tapi secara realitinya memang tak sampai hati nak tinggalkan Bulan Ramadhan.

Dan seperti mana semua tau hari raya kedua iaitu 2 Syawal bertembung dengan Hari Kemedekaan Negara kita Malaysia yang ke 54. Ia sesuatu yang kite perlu membahagikan mase untuk beraya dan menyambut hari kemerdekaan.

Persoalannya hari mana yang patut kita dahulukan?

Ada orang berpendapat kita kena la mendahulukan kemerdekaan negara daripada Aidilfitri. Bagi aku senang je, kita kena mendahulukan hari raya aidilfitri dari kemerdekaan negara.

Sebab apa?

Mesti ada orang cakap aku ni derhaka dengan negara. Bukan sebenarnya. Cuba kita berfikir secara rasional. Kita hanya boleh menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Bulan Syawal iaitu selama 30 hari. Kita tak boleh raya pada bulan Safar ataupun mana2 bulan selain bulan Syawal.

Tapi kita boleh menyambut hari kemerdekaan Negara pada bila2 masa selain tarikh 31 Ogos setiap tahun. Dalam erti kata lain, kita tak sepatutnya meletakkan bendera Malaysia kat kereta atau rumah hanya pada 31 Ogos sahaja, tapi sepanjang tahun. Sesiapa yang berjiwa patriotik (bukan Patriot ye), pasti akan menyambut kemerdekaan negara sepanjang tahun.


Ini semua hanyalah pendapat aku je. Tiada kena-mengena dengan yang hidup ataupon yang sudah tiada. Anda sendiri boleh menilai sendiri.


P/s: Orang kite hanya mahu sambut kemerdekaan 1 hari je, lepas tu mane entah dilemparkan bendera tu. Selamat Hari Raya buat semua umat Islam di Malaysia serta di seluruh dunia.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

27 Ogos 2011

Safiq Rahim dapat tawaran ke Cardiff City - Pendapat aku


KAPTEN skuad bola sepak kebangsaan, Safiq Rahim bakal mencipta nama di bumi Eropah. Dia akan mencipta sejarah muncul pemain Malaysia pertama beraksi di saingan Liga Divisyen Dua England, Liga Kejuaraan bersame Cardiff City.
Semalam, pemain perancang Selangor berusia 24 tahun itu telah menerima surat tawaran rasmi daripada Cardiff City untuk menjalani ujian percubaan (trial) selama tiga minggu pada penghujung Oktober depan.
Kata Safiq “Saya sangat gembira apabila mendapat peluang keemasan seperti ini. Saya akan cuba melakukan yang terbaik sepanjang ujian percubaan itu nanti.
“Saya telah menerima surat tawaran dan dokumen berkaitan hari ini (semalam). Pada 5 September depan, saya akan mengadakan pertemuan rasmi dengan Datuk Chan Tien Ghee (Pengerusi Cardiff City).
“Insya-Allah kalau ada rezeki dan terpilih, dapatlah saya menyarung jersi Cardiff City pada musim perpindahan Januari nanti,” kata Safiq ketika dihubungi Kosmo! semalam.
Pemain kelahiran Seremban, Negeri Sembilan yang membesar di Kuala Selangor itu turut lega apabila pihak Cardiff City memberi ruang untuknya memberi tumpuan kepada aksi Piala Malaysia terlebih dahulu.
“Mereka (Cardiff City) tidak mahu ganggu tugasan saya bersama Selangor dalam Piala Malaysia. Mereka mahu saya beri tumpuan penuh terhadap saingan itu terlebih dahulu sebelum menghadiri ujian percubaan tersebut.
“Buat masa ini memang saya seorang saja yang diberi tawaran ini tetapi mungkin selepas ini mereka akan tawarkan juga kepada Safee Sali (penyerang Pelita Jaya),” jelas Safiq.
Difahamkan, Cardiff City kendalian pengurus, Malky Mackay terpikat dengan aksi Safiq ketika menyaksikannya beraksi pada perlawanan menentang Liverpool dan Arsenal pada Julai lalu, terutamanya apabila dia menjaringkan gol menerusi sepakan percuma ketika bertemu Liverpool.
Kelmarin, tiga pemain skuad Olimpik negara, Wan Zack Haikal Wan Nor, Irfan Fazail dan Fadhli Shas telah sah bergelar pemain pinjaman kelab Liga Corgon Slovakia, ViOn Zlate Moravce selama dua bulan sehingga awal November depan.
Ia sekali gus membuka lembaran baharu buat pemain-pemain bola sepak negara mengembangkan bakat mereka beraksi di luar negara seperti dicetuskan Safee yang beraksi untuk Pelita Jaya sejak Februari lalu.

Pendapat aku senang je, bila Safiq Rahim confirm menyarung jersi Cardiff City mungkin dia akan mengalami masalah berikut :
  • Cukai hidup di Britain sangat tinggi untuk orang luar.
  • Harga rumah di Britain tak sama dengan rumah kat Kuala Lumpur.
  • Tak pasti berapa tinggi bayaran yang akan diperolehi Safiq kat sana. Mungkin dia akan peroleh gaji 30,000 pound seminggu untuk kelab Cardiff  sebuah kelab kerdil.
  • Pemain tengah Inter Milan, Wesley Sneijder menolak tawaran bermain di Manchester United disebabkan gaji yang ditawarkan 200,000 pound seminggu. Padahal dia mintak 250,000 disebabkan cukai di Britain terlalu tinggi. Terus tak jadi pindah.
  • Safee Sali dapat menyesuaikan diri bermain kat kelab Indon, Pelita Jaya disebabkan cukai di Indonesia lebih rendah berbanding kat Malaysia.
Ini semua hanyalah pendapat aku. Kalau dia betul dapat join Cardiff City pon tak salah. Aku tak mintak pon Safiq tolak tawaran tu berdasarkan hujah2 aku kat atas ni sebab siapa lah aku ni. Apa pun keputusan yang kita buat, pasti ada kebaikan dan keburukannya. Anda setuju bukan?

P/s: Boleh menaikkan nama Malaysia. Safee Sali dijulang sebagai wira di Indon dan cukup diminati oleh penyokong Pelita Jaya.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

25 Ogos 2011

Steve Jobs Bukan Lagi CEO Apple Inc.

Beberapa jam lalu 25 ogos (11 am waktu Malaysia), dunia dikejutkan dengan perletakkan jawatan Steve Jobs sebagai CEO di Apple Inc. Tidak kira sesiapa sahaja di dunia ini, pastinya tidak mampu menafikan bagaimana Steve Jobs telah berjaya merevolusi teknologi dunia sehingga apa yang dapat kita nikmati sekarang.


Rujuk artikel lalu mengenai Dokumentari Steve Jobs, anda akan mengetahui perkara sebenar. Berikut adalah surat perletakkan jawatan yang dikeluarkan oleh Steve Jobs. 



I have always said if there ever came a day when I could no longer meet my duties and expectations as Apple’s CEO, I would be the first to let you know. Unfortunately, that day has come.
I hereby resign as CEO of Apple. I would like to serve, if the Board sees fit, as Chairman of the Board, director and Apple employee.
As far as my successor goes, I strongly recommend that we execute our succession plan and name Tim Cook as CEO of Apple.
I believe Apple’s brightest and most innovative days are ahead of it. And I look forward to watching and contributing to its success in a new role.
I have made some of the best friends of my life at Apple, and I thank you all for the many years of being able to work alongside you.

Steve,


Pengunduran Steve Jobs lebih awal daripada yang disangkakan ini mungkin disebabkan faktor kesihatannya yang semakin tidak mengizinkan. Pihak Apple telah mengesahkan, CEO terbaru Apple adalah Tim Cook seperti yang disarankan oleh Steve Jobs sendiri. Diharapkan Tim Cook yang sebelum ni adelah COO di Apple Inc. dapat membawa Apple ke era yang lebih gemilang.Walaubagaimanapun, Steve Jobs masih kekal bersama Apple, dimana beliau kini dilantik sebagai ketua untuk lembaga pengarah Apple.


Produk Ipad 2 menjadi produk terakhir yang diperkenalkan oleh Steve Jobs.






Psst : Mungkin Tim Cook memperkenal Ipad 3 yang lebih berkuasa lepas ni.Sape tau kan ?
Dipetik dari blog OhApple.my.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

24 Ogos 2011

Lagi Kereta Sangat Mewah Sultan Johor (Gambar)

Sebelum ni Unite Sahaje pernah keluarkan artikel bertajuk Bugatti Veyron Sultan Johor. Tapi gambar Muscle Car ade satu je dalam entry tu. Kalau nak tau kereta jenis Muscle Car Sultan Johor ni kalis peluru dan kalis retak. Maknanya kalau rejim Amerika bagi berpuluh-puluh tembakan tepat kat kereta ni, takde langsung perubahan,macam tu jugak la rupenye. Kalis retak pulak maknenya kereta ni kalau accident melambung 200km sekalipon,ia tetap same rupenya. Memang hebat ye kereta ni.



Mungkin sebab Sultan Johor pentingkan keselamatan tu sebab kereta ni jadi pilihannya. Agak2 berape la harge kereta ni ye. RM 300k, RM 500k?

Semestinya bukan. Kereta ni mesti RM 3 juta ke RM 5 juta. Tak main la ratus ribu ringgit. Yang pastinya kereta ni mesti lebih mahal dari kereta Hummer. Lagi gambar lain kereta mewah Sultan Johor.


Mercedes E Class

Chevrolet Camaro (Bumble Bee Transformers)




Lamborghini Murcielago





Kebanyakan kereta mewah Sultan didaftarkan nombor plate TMJ yang bermaksud Tengku Mahkota Johor dan no plate Johor. Mesti super-duper mahal nombor plate tu kan. Sebenarnye banyak lagi koleksi kereta Sultan ni, tapi takkan nak cerita semuanye kot, nanti sampai esok tak habis nak tulis.

Lihat 10 kereta termahal di dunia. Sultan Johor ada kereta ini. KLIK SINI




P/s: Belilah kereta yg boleh membawa kite ke syurga. Teringat kata2 Datuk Aziz Satar dalam cerita 'Kenderaan Ke Syurga' kat Astro Prima dulu. Minat gila drama tu.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Itu Pun Kalau Gaji Anda Tiga Ribu (RM3000)


Tajuk entry pon da bikin panas je kan. Tapi semua ni realiti. Macam mana yang kita tau,sekarang ni kerajaan berbangga hati menaikkan harga barangan cam tepung la, gula, tarif elektrik yang naik mendadak dan harga petrol setiap liter dinaikkan juga mendadak. Alasannya, kerajaan menanggung subsidi yang tinggi.

Seperti mana kite semua tau, peluang pekerjaan pon mmg x banyak kat Malaysia ni. Lagi2 kalau sektor kerajaan. Perkhidmatan sambilan banyaklah. Macam Pembantu Perangkaan E17 Sambilan.

Sedangkan kalau semua ni tak dinaikkan pon, rakyat tetap rase terseksa. So fikir2 kan lah. Rujuk gambar dibawah ni.


Macammana lah kalau si bapa tu bergaji RM1000++ sebulan? Gaji RM3000 ni untuk taraf Eksekutif je.


P/s: ''Pemimpin kaya raya, rakyat makin terseksa''. Ungkapan yang terdapat pada banner kat depan masjid Kampung Sesapan Batu Minangkabau, Beranang. Ade betul gak kalau dilihat pada situasi sekarang ni.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

21 Ogos 2011

Petanda Ajal Dah Dekat: Maut Disambar Petir Ketika Menggunakan Telefon Bimbit

Telefon yang digunakan mangsa ketika kejadian

TANAH MERAH – “Saya mahu tidur puas-puas.” Itu ungkapan aneh yang diucapkan Siti Munirah Nordin (gambar), 13, pada cuti Nuzul Al-Quran Rabu lalu kepada ibunya sebelum remaja itu maut dipanah petir di bangsal berhampiran rumahnya dipercayai sedang menggunakan telefon bimbit di Kampung Belimbing di sini kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 5.50 petang itu, Siti Munirah meninggal dunia di tempat kejadian dengan kecederaan pada muka sebelah kanan dan kesan terbakar pada telinga, rambut dan punggung.

Mayat mangsa ditemui abangnya, Mohd. Firdaus, 16, pada pukul 9 malam setelah ahli keluarganya keluar mencarinya selepas tidak pulang ke rumah untuk berbuka puasa sejak keluar pada pukul 4.30 petang. Telefon bimbit milik ibunya yang dipinjam mangsa pula ditemui di atas tanah di bawah bangsal tersebut.

Mangsa merupakan pelajar tingkatan satu Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing di sini. Ibunya, Rosnah Dollah, 49, berkata, pada mulanya dia menyangka Siti Munirah pergi berbuka puasa di rumah kawannya tetapi terkejut apabila mendapat tahu kawan anaknya itu pulang ke kampungnya di Salor dekat sini.
“Sebelum kejadian, Siti Munirah sedang menggunakan telefon bimbit saya di dalam rumah dan apabila saya menegurnya kerana berbual terlalu lama, dia terus keluar dari rumah.


P/s: Jangan guna henfon waktu hujan lebat. Henfon semahal Blackberry Torch sekalipon, pasti akan ade tindak balas.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

16 Ogos 2011

Lamborghini Reventon Boleh Cucuk Bugatti Veyron

  • Kereta ke 2 termahal di dunia selepas Bugatti Veyron.
  • Kereta ke 3 terpantas di dunia selepas SSC Ultimate Aero dan Bugatti Veyron.
  • Top speed dia 369 km/j berbanding Bugatti Veyron 417 km/j
  • Reventon boleh cucuk Veyron dengan kepantasan 369 km/j seterusnye memintas Veyron.
  • Rekabentuk dan aerodinamiknye yang menarik menjadikan ia pantas.
  • Kapasiti enjin Reventon ialah 6.5 liter bersamaan 12V silinder.(bersamaan 2 enjin Proton Perdana V6)
  • Kuasa kuda Reventon mencapai 650hp.Bugatti Veyron ade 1005 hp.
  • Harga supercar ni USD 1.6 juta (Veyron USD 1.7)convert ke Malaysia RM 4.5 juta sebelum cukai.Kalau harga sekali ngan cukai mungkin mencecah RM 11.2 juta.



      P/s : Pakai je kereta buatan nasional.Ape susah kan, Proton Inspira Ala Lancer tu pon baru bawah RM100k. Kereta kalau dah mahal,harge Insuran,Roadtax & Servis mesti super-duper mahal. Harge insuran die je da boleh beli 2 biji Proton Inspira.


      Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

      15 Ogos 2011

      Zaman Sekarang Ada Lagi Ke Manusia Yang Tak Pandai Menipu? (must read)


      Tajuk artikel yang menarik bukan?

      Zaman millenium ni ada lagi ke orang yang tak pandai menipu? Mustahil kalau ada orang kata dia tak pernah menipu kan. Kebanyakan orang perlu dan terpaksa menipu orang lain tak kira lah kawan baik atau saudara mara demi kepentingan diri sendiri. Yang selalunya ia berkaitan dengan bab duit.

      Duit. Duit.
      Sekarang ni semua orang pasti nak duit banyak. Bak kata orang2 tua, duit banyak hidup mesti senang dan bahagia. Pendek kata orang kalau nak merisik mesti nak tau menantu belah lelaki kerja apa. Ada duit ke tak.

      Tapi apa yang kita nak cerita sekarang ni bukan pasal duit. Kita nak bercerita pasal tipu, penipuan, tertipu dan ditipu.

      Kalau kita baca paper sekarang ni tak sah kalau takde berita pasal penipuan. Paper macam Metro Harian, Kosmo mesti ade je kalau kita perasan.

      Yang menariknya mangsa penipuan tersebut terdiri  dari orang-orang besar macam penguam, doktor, pensyarah & bermacam lagi la.

      Kenapa terjadi macam ni?

      Tajuk berita macam ni kita biasa baca:
      • ''Penguam kerugian lebih RM100 ribu sertai Skim Cepat Kaya''
      • ''Doktor terjerat RM 66,104 masuk MLM''
      • ''Pensyarah ditipu RM 130 ribu dek pelaburan haram''
      Tapi pernah tak kita terbaca kat paper macam ni :
      • ''Mat rempit ditipu pihak Skim Cepat Kaya''
      • ''Penganggur kerugian lebih RM 77 ribu sertai perniagaan MLM''
      • ''Akibat pelaburan tukaran wang asing,promoter ditipu RM 36 ribu''

      Dengan jujurnya aku cakap, belum lagi aku terbaca tajuk paper macam ni. Ada sekali aku terbaca kat Kosmo ''Surirumah dirompak RM15 ribu oleh pemuda tidak dikenali''. Dia dirompak bukannya ditipu. Bermakna surirumah ni tak masuk pon skim ni.

      Kesimpulannya, kebanyakan orang-orang kerja besar sekarang ni lebih mudah ditipu daripada golongan bawahan. Ini disebabkan terlalu mahu jadi jutawan segera dan terlebih pandai untuk membuat pelaburan di usia muda. Aku tak cakap semua orang cam ni, kebanyakannya la sebab arwah ayah aku dulu seorang pensyarah tapi Alhamdulillah arwah tak pernah tersangkut dalam penipuan ni.


      P/s : Artikel ini bukan nak menjatuhkan mana-mana pihak tapi ditulis berdasarkan kebenaran. Anda sendiri boleh menilaikan.



      Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!