CARI DI BLOG INI

27 September 2011

Harga Sony Ericsson Xperia Ray Ditukar Lebih Murah




Sebelum ini, Xperia Ray daripada Sony Ericsson dijual dengan harga RM1,899 tetapi Sony Ericsson telah mengubah harga Xperia Ray kepada RM1,279. Dengan harga yang lebih murah pastinya ia akan menarik perhatian para pengguna yang tercari-cari telefon pintar baru.
Dengan harga yang lebih murah ini, peminat android juga boleh mendapatkan Xperia Ray kerana ia menggunakan platfom Android terbaru iaitu Gingerbread 2.3 dengan sokongan Facebook. Selain itu, ciri-ciri seperti pemproses 1Ghz, Reality Display (Mobile Bravia Engine) dan kamera 8.1mp dengan sokongan HD pastinya mengujakan para pengguna.
Pengguna boleh dapatkan Sony Ericsson Xperia ray di Malaysia dengan harga RM1,279 (RRP)


P/s: Nak beli satu boleh? Heheh.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

25 September 2011

Norman Hakim dan Memey Suhaiza Sah bergelar Suami Isteri


PETALING JAYA: Pelakon Norman Hakim, 35, telah selamat dinikahkan dengan pasangannya, pelakon Memey Suhaiza, 23, pada Sabtu di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor.
Pasangan ini dinikahkan oleh jurunikah mukim Kambau, Kota Tinggi, Zulkifli Tarmizi berwalikan bapa Memey, Suhaimi Sawarni, 49.
Pada majlis tersebut, Memey turut menerima mas kahwin berjumlah RM22.50 dan lima dulang hantaran termasuk wang hantaran RM24,000, sistem pengesanan global (GPS), rantai, cincin berlian, kek buah berbentuk beg tangan Gucci, sirih junjung dan al-Quran.
Sementara Norman menerima tujuh dulang hantaran daripada Memey iaitu iPad 2, cincin, coklat, buah-buahan, sirih junjung, kek lapis Sarawak dan al-Quran.
Keseluruhan hantaran kedua-dua belah pihak dianggarkan berjumlah RM40,000 yang digubah oleh Iezla Bridal merangkap perunding perkahwinan.
Memey dan Norman kelihatan sama cantik sama padan mengenakan baju pengantin berwarna mengikut kulit rekaan Ezuwan Ismail.

Selain keluarga kedua-dua belah pihak, majlis ini turut dihadiri dan disaksikan oleh 1,000 tetamu.
Menurut Norman, dia akan membawa Memey berbulan madu di Paris dalam masa yang akan ditetapkan kemudian dan seterusnya dijangka ke Mekah untuk mengerjakan umrah pada tahun depan.
Pada malam Sabtu, pasangan ini melangsungkan majlis malam berinai di rumah pihak perempuan di mana Memey mengenakan baju busana berkonsepkan kontemporari berwarna peach manakala Norman dengan baju tradisional berwarna hitam yang disediakan oleh Iezla Bridal.
Majlis resepsi sebelah pengantin perempuan dilangsungkan di rumah pihak perempuan pada Ahad dengan berkonsepkan perkahwinan dalam taman. Pakaian persandingan direka oleh Hatta Dolmat manakala untuk upacara memotong kek direka oleh Rizman Ruzaini.
Pada 28 September depan pula, majlis perkahwinan yang bernilai RM12 juta, akan diadakan di Hotel Crowne Plaza Mutiara, Kuala Lumpur, ditaja sepenuhnya oleh jenama barangan kemas, Rafflesia.
Tema majlis perkahwinan itu berkonsepkan Kosmopolitan dan hanya 200 orang tetamu sahaja di undang iaitu pihak media dan selebriti.
Menariknya Memey akan menyarungkan gaun pengantin pereka tersohor dunia, Vera Wang pada majlis perkahwinannya pada 28 September itu.
Menurut perancang perkahwinan mereka, Billbora, gaun yang menjadi pilihan selebriti Hollywood seperti Kim Kardashian, Mariah Carey dan Invanka Trump itu telah dibeli oleh Rafflesia, menerusi sebuah agen di Hong Kong.
Memey akan mengenakan dua gaun pengantin pada majlis tersebut dan salah satunya daripada rekaan Vera Wang yang berkonsepkan Bohemian. Bagaimanapun ia bukanlah ditempah khas sebaliknya dibeli oleh pihak Rafflesia yang inginkan kelainan pada majlis tersebut.
Sepasang lagi gaun yang akan dikenakan pula direka khas oleh tiga pereka tempatan daripada Rafflesia dengan bertatahkan mutiara gred A yang bernilai RM500,000.
Bagi pakaian pengantin lelaki pula, Norman akan mengenakan dua pasang sut tradisional Inggeris rekaan Lord's Taylor bernilai RM10,000 setiap satu.
Menarik lagi, keempat-empat gaun dan sut pengantin tersebut akan dipamerkan untuk satu acara istimewa di Muzium Negara pada 26 November hingga 31 Disember depan.
Selain Rafflesia, Lord's Taylor dan Vera Wang, Profesor Datuk Jimmy Choo juga akan menghasilkan dua pasang kasut khas buat Memey yang bernilai RM300,000.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Memey manakala yang kedua bagi Norman.
Norman pernah berkahwin dengan pelakon Abby Abadi pada 8 Januari 2002 dan dikurniakan tiga orang anak iaitu Mohamed Danish Hakim,8, Marissa Dania Hakim,6, dan Maria Danisha Hakim,3. Mereka bercerai pada 18 Disember 2008.


gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza
gambar pernikahan norman hakim memey suhaiza

Kredit gambar daripada Oh Bulan dan Anna Easkey

P /s : Semoga Berbahagia ke anak cucu dan cicit.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

21 September 2011

Filem Tak Laku, Mampu Beli Ferrari F430 Modena (must read)

Salam semua blogger dan pembaca blog.

Filem tak laku, mampu beli sportcar Ferrari F430. Siapa dia? Datuk Dr Rozmey la. Filem 2 Alam yang gagal di pawagam tu filem pertama terbitannya. 1 Malaysia dah tahu filem dia hanya mampu mengutip RM 400,000 je.


Siapa je tak kenal dia ni. Dia seorang pengusaha dan pengasas Herba Prima Marketing. Produk macam Jusmate 5, Dr II siapa je tak tau kan.

Baru2 ni die telah membeli sebuah kereta Ferrari F430 yg harganye dalam lingungan RM 1.2 juta termasuk cukai. Harga macam ni tak jadi masalah untuk usahawan yang berjaya macam Dr Rozmey ni.






P/s: Kita digalakkan dalam Islam supaya jangan bersifat riak dengan setiap kelebihan yang kita miliki.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

20 September 2011

Rafidah Ibrahim Tidak Bertudung - Pendapat Aku (must read)

Salam dan hai.

Aku sendiri pon memang terkejut juga bila dengar cerita ni. Tapi yang buat aku lagi terkejut bila aku search kat google jumpa gambar ni. Memang tak syak lagi memang Rafidah Ibrahim dalam gambar ni.


Agak-agak korang kereta ape ni? Kalau tengok betul-betul macam Suzuki Swift. Tak silap aku Suzuki Swift hadiah yang kumpulan Sepah dapat masa Juara Raja Lawak 3. Comel gak bila tengok Fida freehair kan? Siapa setuju sila angkat kening. Hahaha.



Gambar ni diambil dari Facebook milik BF Rafidah sendiri, Mamat Sepah. Gambar ni diambil ketika percutian di Batam, Indonesia bersama2 keluarga Mamat Sepah. Huh, mesti best kan.


PENDAPAT AKU MENGENAI ISU NI:

Aku sebenarnya bukan nak kutuk atau nak nasihat ke Fida pasal isu ni. Sebab siapalah aku kan, mana ada hak. Lagipun semua insan pasti akan membuat silap sama lah macam aku sendiri. Tapi bagi aku, apa yang Fida buat ni memang salah dan sedikit sebanyak mencalarkan imej muslimahnya. Sebagai seorang artis, pasti banyak mata memerhati kita kat mana saja. Setakat Indonesia je bercuti, memang la ada mata yang nampak. Cuba bercuti kat UK, Paris atau Madrid. Konfem tak jadi kontroversi. Lagipon aku tengok fesyen Fida akhir2 ni agak lain macam jugak. Banyak fesyen yang digayakan menampakkan bahagian leher walaupun masih ada tudung.


P/s: Manusia boleh berubah sekelip mata. Tak percaya? Tanya aku.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

13 September 2011

Maxis Tawarkan Pelan Terbaik Untuk BlackBerry 9900






Maxis baru saja mengeluarkan maklumat perincian tentang pelan BlackBerry 9900 dimana Maxis membolehkan pelanggan memebeli peranti terbabit pada harga serendah RM1390 berserta kontrak.




Hanya dua pelan sahaja yang ditawarkan bersama Bold 9900. Maxis Bis Pro membolehkan pelanggan mendapat 3GB data untuk RM90 sebulan dan Maxis Bis Standards membawakan 500MB data untuk RM55 sebulan. Dengan pelan BIS Standard, pelanggan akan mendapatkan tambahan 500MB percuma selama kontrak dengan Maxis.

P/s : Teringin pulak rasanya nak pakai Blackberry. Macam best je kan.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

12 September 2011

Rekabentuk Yang Terlalu Kreatif. Pendrive Bentuk Kondom.

Bila rekabentuk disalahgunakan, jadilah macam-macam jenis punya produk yang mengarut dan berunsur kelucahan. Sampai pendrive pun tak terlepas daripada sisi kelucahan ni. Dahsyat. Tengok bawah ni.


P/s: Amacam? Nak beli ke ohh? Nanti kalau masuk library ke Cybercafe ke, konfem orang sekeliling pandang lain macam lagi2 yang datang sekali dengan couple. Hehe.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

05 September 2011

PEN E-P3 : Generasi Ke 3 Olympus Pen

SETIAP kali kita memetik butang kamera bagi merakam sekeping foto sebagai kenangan pernahkah terlintas di fikiran kita bagaimana sesebuah kamera itu direka setiap kali?
Bermula dari peringkat mengeluarkan idea sehingga produk siap untuk dipasarkan, ia memerlukan satu kumpulan yang profesional dan berdedikasi dalam bidang masing-masing.
Berpeluang menemui Pengurus Besar Bahagian Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) Olympus Jepun, Yasuo Asakura pada majlis memperkenalkan model terbaru kamera keluaran syarikatnya, PEN E-P3 di Kelab Golf Kuala Lumpur (KLGCC), lelaki itu berkongsi sedikit rahsia dan prinsip Olympus dalam penghasilan produk.
Kamera Olympus PEN E-P3 merupakan generasi ketiga dalam kategori Olympus PEN yang dikeluarkan dalam tempoh tiga tahun sahaja.
Pada tahun 2009, Olympus telah memperkenalkan siri PEN generasi pertama dengan reka bentuk tradisional tetapi mempunyai semua kecanggihan teknologi terbaharu yang terdapat waktu itu.
Generasi kedua pula, PEN E-P2 yang dikeluarkan pada tahun 2010 membaiki segala kelemahan generasi sebelumnya iaitu viewfinder dan kepayahan mengambil gambar dalam cahaya terang.
Menurut Asakura, Olympus mempunyai sebuah pasukan yang terdiri daripada jurutera reka bentuk dan teknikal yang hanya fokus dalam mereka bentuk siri model kamera PEN.
Pasukan itu akan sentiasa berdedikasi mengkaji kekurangan dan teknologi terbaharu kamera dan atas faktor tersebut menyebabkan Olympus PEN mampu mengeluarkan siri model terbaharu setiap tahun dengan penambahbaikan ciri-cirinya.
       ASAKURA (dua dari kiri) menunjukkan model terbaharu Olympus PEN E-P3 yang kini boleh dimiliki pada harga RM3,199.

Sebuah lagi kumpulan yang terdiri daripada jabatan pemasaran pula bertindak dengan membuat kajian berkenaan kehendak pengguna.
Selain itu, setiap masalah dan maklum balas terhadap siri model PEN terdahulu diambil kira oleh mereka. Pasukan itu akan bekerjasama dengan jabatan penyelidikan dan pembangunan (R&D) untuk siri PEN seterusnya.
Tambah Asakura, senarai yang dibuat itu akan dibincangkan oleh kedua-dua pasukan untuk diteliti.
“Senarai tersebut terlalu panjang melibatkan spesifikasi, keperluan pelanggan dan reka bentuk. Kedua-dua pasukan kami akan memilih senarai mana yang perlu diutamakan.
“Antara yang dipertimbangkan adalah kehendak utama pelanggan dan teknologi yang ada ketika itu,” kata Asakura yang tidak mahu mendedahkan bilangan pekerja yang terlibat dalam mereka Olympus PEN.
Proses mengintegrasi teknologi yang dipilih dan reka bentuk produk dilakukan dalam masa yang sama dengan menggunakan perisian tiga dimensi.
Bahagian terpenting dalam reka bentuk Olympus PEN E-P3 yang dikekalkan dan menjadi unsur terpenting adalah garisan melengkung di bahagian atas kamera tersebut.
“Ketika sesi mengeluarkan idea pada peringkat awal dahulu, kami menerima banyak rekaan yang boleh dikatakan amat moden tetapi pihak R&D mengambil keputusan untuk mengambil rekaan lama (garisan melengkung) itu.
               SAIZNYA yang kecil membuatkan PEN E-P3 juga sesuai dimiliki oleh wanita.                            

“Kami percaya dengan tidak menukar rekaan tersebut, nilai sesebuah produk itu akan meningkat seiring dengan berlalunya masa,” ujar Asakura yang berada di Malaysia bagi memperkenalkan PEN3.

Teknologi
Penolong Pengurus Besar Olympus (Malaysia) Sdn. Bhd., Yong Kee Nyap berkata, barisan model kamera terbaharu Olympus PEN E-P3 mempunyai beberapa kriteria yang jenama lain tidak miliki.
“PEN E-P3 mempunyai sistem auto fokus yang paling laju dalam kategorinya dengan kelajuan dua kali ganda menjadikan ia sistem AF terlaju dalam kategorinya,” ujarnya dalam sesi penerangan produk.
Ciri-ciri lain yang jelas adalah paparan skrin sentuh yang menggunakan teknologi kapasitan elektrostatik yang membolehkan pengguna hanya menyentuh sahaja.
“Peranti keluaran Apple sahaja yang mempunyai teknologi ini berbanding produk lain yang rata-rata menggunakan titik tekanan.
“Sudah terbukti teknologi kapasitan elektrostatik lebih menyenangkan jika dibandingkan dengan titik tekanan selain paparan LCD hiper-kristal bersaiz tiga inci,” jelas Kee Nyap lagi.
Selain itu, fungsi terbaharu, ART Bracket, membolehkan pengguna kamera mengambil foto yang mempunyai 17 efek berbeza dengan hanya satu klik dalam masa kurang 10 saat.
“Dengan fungsi baru ini membolehkan anda mengambil foto dengan beberapa efek khas dan kini tidak perlu membuang lebih banyak masa di hadapan komputer untuk mengedit gambar,” katanya.
Dalam majlis yang memperkenal Olympus PEN E-P3 itu, dua buah model kamera turut sama diperkenalkan iaitu PEN E-P3 dan PEN E-PM1 dan kedua-duanya akan berada di pasaran dalam tempoh terdekat.
Dipetik dari Kosmo Online.

P/s : Makin ramai lah nanti fotografer amatur lepas ni.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Blackberry Bold 9900 (Review)


BlackBerry Bold 9900 merupakan smartphone pertama yang menggunakan sistem operasi Blackberry 7 OSmempunyai rekabentuk yang unggul. Muka depannya terdapat satu panel bahan kaca yang berkilat, ketebalannya hanya 10.5mm. Ia telah mewarisi keistimewaan klasik BlackBerry dengan terdapat sebuah keyboard QWERTY dibawah skrin sentuh kapasitif 2.8 inci 640X480 piksel yang membekalkan 287ppi.

BlackBerry Bold 9900 menggunakan sistem operasi yang terbaru BlackBerry 7 OS, dilengkapi prosesor 1.2GHz, RAM 768MB, ROM 8GB, malah juga menyokong penyambungan kelajuan tinggi HSPA+. BlackBerry Bold 9900membekalkan browser web dan pencarian audio. Teknologi BlackBerry Balance pula membolehkan pengguna mengendalikan data peribadi secara berasingan dengan data kerja.
BlackBerry Bold 9900 dapat menyokong Javascript JIT dan kandungan HTML 5. Ia juga ditambahkan fungsi BlackBerry Balance supaya pengguna dapat mengendalikan maklumat peribadi dan maklumat kerja dengan lebih berkesan . BlackBerry Bold 9900 juga ditambahkan fungsi komunikasi jarak dekat NFC yang sangat memudahkan. Dengan menyentuh BlackBerry Bold dengan peralatan NFC lain, ia dapat membaca maklumat pada alat tersebut. Kompas (Magnetometer) padanya dapat membantu penentuan lokasi. Ia juga terbina dengan kamera 5.0MP dan lampu flash LED yang menyokong perakaman video HD 720p.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!