Lepak bersama Trio, Terjumpa Empat Kawan2 UNIKOP Gombak.

Salam semua.
Tiga hari lepas, aku ngan Helmi saja2 pegi meronda Shah Alam. Ingat nak ajak Hairi  si besday boy ngan Fared Taiseng melepak-melapak.
Plan mule nak lepak Restoran Barra yang kini heboh diperkatakan ramai, (cehh ayat dia) punyalah ramai orang time tu. Padahal mana ada bola apa2 pon. Suatu kepelikan disitu sebenarnya.
Lepas tu pergilah satu port ni belakang Unisel. Maka, lepaklah kami bertiga makan. Cantik dan menyenangkan restoran tu ditambah ngan angin malam selepas hujan ohh. Ya, sangat sejuk rasa macam kat Manchester ari tu. (Bajet gi oversea je)

Baru makan sesudu, terpandang satu sudut ni. Ya, kawan lame from Unikop College, kampus aku dulu kat Gombak. Mula2 nmpak Syahir Ezzandar. Kat belakang dia ada Ezzati, Dyba Hooperz ngan Syahidy Torres berjalan ke arah aku.


Kalau ikutkan, kali terakhir aku jumpe dorang masa hantar surat berhenti kolej. Sebab berhenti tak perlu dinyatakan. Hee. Seingat aku lah, mase tu bulan 10 tahun 2010. Memang agak lame lah di situ kan. So, bila tibe2 jumpe kat Shah Alam, bandar aku belajar, suatu keadaan awkward berlaku disitu. Tergamam, terkejut, tak tau nak cakap ape. Dorang sebenarnya baru abes final exam sem 5. Sangat jeles sbb hanya menunggu result dan konvo, aku baru je nak masuk sem 3.

Hanya mampu snap gambar sebagai pengubat rindu di ahti. (ayat sumpah takboleh blar kan.) Gambar Diba lupa nak snap sebab nak cepat. Anyways, sayang korang semua. Dah lame, maseh ingat lagi diri ni ohh. Hee. Gambar pakai camera BB je, kualiti tidaklah memberangsangkan. 


P/s : Ramai kawan lama lagi yang takde kesempatan nak jumpe. Kawan2 sekolah, kerja kilang Sony dulu, keje Jab. Perangkaan dulu, bla bla bla bla.


Ulasan