CARI DI BLOG INI

31 Disember 2013

Selamat Tahun Baru. Masuk tandas 2013, keluar tahun 2014. Eh Klisenya.

Salam semua.
Kurang dari dua jam lagi, Malaysia dan negara-negara sewaktu dengannya akan menyambut tahun baru, 2014.




Macam biasa, aku hanya menyambut detik2 terakhir, sisa2 terakhir 2013 di rumah. Dataran Merdeka, Bunga api, countdown itu biasa bagi aku. Lawak-lawak klise masuk tandas 2013, keluar tandas tahun 2014 dan  bayar hutang tahun depan pon biasa. Okay, aku try buat entri ni tak terasa bosan. Selamat Tahun Baru Dua Ribu Empat Belas. Eh Klisenya, kan? Well, tahun baru ni aku tak terasa nak set up azam or wishlist. Lebih kurang 90% azam tahun 2013 gagal disempurna. Jika disempurnakan, tentulah sekarang aku adalah seorang hebat dan kaya.



Tahun ni, aku hanya menantikan detik FIFA World Cup 2014 Brazil. Memang tak sabar nak tengok semua stars kat sana. Aku sokong Brazil sejak azali lagi walaupun Brazil takde player Man U. Rafael tak terpilih rasanya.



P/s: Februari dan Mac dalam hidup aku terdapat dua hari merbahaya. Perlulah aku berwaspada selepas ini.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

28 Disember 2013

Main Ice-Skating Dengan Yaya Bahri di Sunway Pyramid 19 November 2013


Salam semua.
Beberapa jam selepas turun Broga Hill, Klik Sini, aku terus ke Sunway Pyramid sebab ada orang tu beria-ria nak belanja aku main Ice-Skating.


Ni dia Yaya, si pebelanja ice-skating. Berapa hengget tak boleh mention, nanti dia marah. Hahahah. Yaya ni memang peramah, seorang yang memang tak berhenti bercakap. Ada je cerita dia. Comel kan? Hahaha.

Kaunter kasut. Kasut ye dia panggil? Entahlah. Di sini, dengan sekali bayar masuk, kita boleh berskating non-stop sampai 10 pm. Kitorang keluar dalam pukul 9 sharp, untuk shopping sebelum Sunway tutup.


Terasa macam gambar aku banyak pula. Kan? Pendek kata, berbaloi harganya dengan pengalaman yang best which is dapat borak2 dengan orang yang tak kenal atas ice selain melakukan step/skill masa skating itu sendiri. Skill tu. Hahaha.


P/s: First time ber-iceskating, tak sekali pon jatuh. Rasa nak pergi lagi.


Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

14 Disember 2013

Review Novel Asrama Oleh Muhammad Fatrim Dari Fixi (must read)

Salam semua.
Sebelum ni aku ada keluarkan entri fasal buku2 yang dibeli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia. KLIK SINI


Judul:  ASRAMA
Penulis: Muhammad Fatrim
Penerbit: FIXI
Mukasurat: 287

“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

“Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.
 


KENAPA  BELI?
Novel ini menjadi sebutan di kalangan pencinta novel dan kerapkali menjadi hotseller di kinokuniya dan pesta buku yang disertai oleh Fixi-Lejen. Terfikir, kenapa ramai menyukai novel ni? Aku dapatkan novel ni di Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 menggunakan baucer buku.

REVIEW (Mengandungi spoils)

Cerita dimulakan dengan first point of view, Dahlia beria-ria untuk menukar sekolahnya yang serba lengkap ke sebuah sekolah berasrama yang agak usang. Di sini, pembaca semestinya ingin tahu kenapa dan apa yang akan terjadi seterusnya sebelum merasai babak-babak yang seram. 

Asrama? Menggunakan asrama sebagai latar belakang cerita ini semestinya digambarkan bagaimana kehidupan pelajar di asrama kerana si penulisnya juga adalah pelajar yang menginap di asrama. 

Plot permulaan bermula dengan baik. Selepas itu, aku merasakan dapat mengikut perkembangan cerita. Penulis memperkenalkan kepada pembaca tentang hantu pengait yang hangat diperkatakan di Sabah. Tak silap aku ia lebih kurang sama dengan hantu penanggal. Aku akui sesetengah keadaan yang digambarkan penulis agak seram dan kadangkala ia tidak menjadi. Ia bergantung kepada perasaan pembaca itu sendiri.


Setelah helaian terakhir diselak, muncul satu persoalan, kenapa dileraikan pada ending pasal kebakaran tu berlaku selepas kejadian pokok ara tu (lima penjuru). Macam ada kesilapan je kat sini. Mungkin penulis novel boleh menjawab persoalan ini.


Ending dipersembahkan dengan menunjukkan apa yang dilakukan oleh bapa Dahlia selama ini disamping menyingkap siapa watak Dahlia itu sebenarnya.



3/5 bintang

P/s: Shandye (penulis novel Bisik) dalam blognya berpendapat, tidak logik kebakaran yang berlaku di blok perempuan merebak ke blog lelaki yang terletak bersebelahan.


Update: Jawapan yang diberikan oleh penulis Asrama, Muhammad Fatrim.
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!