Review Novel Asrama Oleh Muhammad Fatrim Dari Fixi (must read)

Salam semua.
Sebelum ni aku ada keluarkan entri fasal buku2 yang dibeli menggunakan Baucer Buku 1 Malaysia. KLIK SINI


Judul:  ASRAMA
Penulis: Muhammad Fatrim
Penerbit: FIXI
Mukasurat: 287

“Dahlia, hati-hati dengan ASRAMA ni.” Maria tiba-tiba merendahkan suaranya sambil menatap roman Dahlia.

“Kalau takat kau nak ingatkan aku pasal geng Queen yang macam syaitan tu, tak payah la.” Dahlia kurang senang dengan amaran Maria itu.

“Tak, maksud aku...”

Belum sempat Maria menghabiskan ayatnya, Dahlia meningkah. “Kau tengok aje nanti. Lambat ke, cepat ke, akan ada orang yang membalas perbuatan dorang semua tu nanti!” Dahlia bersuara dengan geram.

“Orang kita boleh lawan, tapi kalau yang lain payah sikit.” Maria membidas sambil mengambil daun-daun kecil di hadapannya.

Percakapan Maria membuatkan bulu roma Dahlia mengejut berdiri. “Kau ni, kalau tak cakap benda-benda pelik boleh?” kata Dahlia.

“Bagus la kalau kau faham maksud aku.” Maria senyum memandang Dahlia.
 


KENAPA  BELI?
Novel ini menjadi sebutan di kalangan pencinta novel dan kerapkali menjadi hotseller di kinokuniya dan pesta buku yang disertai oleh Fixi-Lejen. Terfikir, kenapa ramai menyukai novel ni? Aku dapatkan novel ni di Pesta Buku Antarabangsa KL 2013 menggunakan baucer buku.

REVIEW (Mengandungi spoils)

Cerita dimulakan dengan first point of view, Dahlia beria-ria untuk menukar sekolahnya yang serba lengkap ke sebuah sekolah berasrama yang agak usang. Di sini, pembaca semestinya ingin tahu kenapa dan apa yang akan terjadi seterusnya sebelum merasai babak-babak yang seram. 

Asrama? Menggunakan asrama sebagai latar belakang cerita ini semestinya digambarkan bagaimana kehidupan pelajar di asrama kerana si penulisnya juga adalah pelajar yang menginap di asrama. 

Plot permulaan bermula dengan baik. Selepas itu, aku merasakan dapat mengikut perkembangan cerita. Penulis memperkenalkan kepada pembaca tentang hantu pengait yang hangat diperkatakan di Sabah. Tak silap aku ia lebih kurang sama dengan hantu penanggal. Aku akui sesetengah keadaan yang digambarkan penulis agak seram dan kadangkala ia tidak menjadi. Ia bergantung kepada perasaan pembaca itu sendiri.


Setelah helaian terakhir diselak, muncul satu persoalan, kenapa dileraikan pada ending pasal kebakaran tu berlaku selepas kejadian pokok ara tu (lima penjuru). Macam ada kesilapan je kat sini. Mungkin penulis novel boleh menjawab persoalan ini.


Ending dipersembahkan dengan menunjukkan apa yang dilakukan oleh bapa Dahlia selama ini disamping menyingkap siapa watak Dahlia itu sebenarnya.



3/5 bintang

P/s: Shandye (penulis novel Bisik) dalam blognya berpendapat, tidak logik kebakaran yang berlaku di blok perempuan merebak ke blog lelaki yang terletak bersebelahan.


Update: Jawapan yang diberikan oleh penulis Asrama, Muhammad Fatrim.

Ulasan