CARI DI BLOG INI

12 Jun 2014

Anugerah Dekan Tak Semestinya Untuk Semua Bijak Pandai #mustread

Salam semua.
Beberapa hari lepas, aku dapat invitation by a call untuk Anugerah Amanat & Anugerah Dekan 2014. Aku akan ke sana 12 hb ni.


Fakulti Filem, Teater & Animasi organize majlis ni untuk meraikan pelajar-pelajar yang mendapat keputusan cemerlang dalam final exam lepas. Alhamdulillah, aku diantara orang-orang itu. Cemerlangnya aku. Haha.

Sejak result keluar 9 hb Mei hari tu, memang aku speechless tengok result aku. Jauh daripada expectation aku sebelum tu. Mungkin agak klise ayat ni, aku hanya mengharapkan semua lulus sebelum buka portal result supaya boleh konvo dan tamat.

Seriously, kekecewaan pada semester kedua dan ketiga dulu mungkin aku boleh lupakan. Pointer aku 3.42 dan 3.43 disebabkan kedua-dua semester kokurikulum Pertolongan Cemas aku dapat gred C+. Kalau nak diikutkan, sumpah susah gila nak score belajar macam students Sains Hayat kot.


MENTALITI

''Budak tu dapat anugerah dekan. Pandai la dia".
"Aku tak dapat anugerah dekan, aku rasa diri aku ni bodoh la".

Ini merupakan kebanyakan mentaliti student di kolej or uni. Semester 5 adalah first and maybe last aku grab anugerah dekan. Aku cakap last sebab probability aku tak sambung degree tu tinggi. Seriously, aku tak pernah pun anggap diri sendiri pandai. Sebab aku hanya dapat menguasai bidang yang aku study. Yang belum study? Mechanical, Electronic, Laws, Civil Administration? Serious aku tak kuasai sebab tak masuk dan tak study bidang tu.

Kawan aku, D yang dapat anugerah dekan masa sem 3 cakap,
"Janganlah fikir semua yang dapat pointer dekan tu pandai, ada yang nasib je, ada yang drop courses dan ada yang lecturer 'tolong'." 

Memang tak berapa adil kepada mereka yang tak dapat dekan tapi ada effort, kena gelar tak pandai. Bila lecturer suruh buat group untuk assignment. Seorang ahli group mengeluh,
"Susahlah nak masuk group dorang tu, budak dekan group dengan budak dekan. Abislah group kita, markah rendah, tak dapat nak compete dengan diorang"

Aku balas,
"Diorang dapat dekan untuk subjek sem lepas bukan untuk subjek semester ni".


Aku pon pernah rasa benda yang sama bila ada orang pertikaikan aku tak ambil PTPTN untuk diploma ni. Mentaliti mereka,
"Perghh orang kaya, tak apply PT, banyak duit."

Aku balas dengan nada sinis dan senyum,
"Aku tak apply sebab tak mampu nak bayar PTPTN balik."

Diorang terus terdiam dan tergamam. Bukannya nak bercakap besar, tapi disebabkan interest bayaran balik PTPTN yang tinggi dan caj pentadbiran yang tak masuk akal. Aku tak boikot PTPTN, just ambil keputusan tak nak pinjam je.


P/s: Senang untuk membuat konklusi terhadap seseorang individu tu berdasarkan apa yang kita nampak depan mata. Semua rumah pasti ada cermin. It's all about mentality. Mudah je, tukar mentaliti lapuk tu. Anyone could become anyone :)

Update: Majlis Amanat dan Anugerah Dekan 2014, Fakulti FiTA, Dewan Agong Tuanku Canselor. KLIK SINI.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

2 ulasan:

  1. Aq dah 3x straight dpt dekan.. kne tulis kt blog jgk ker....huuuha

    BalasPadam
    Balasan
    1. Tahniah. Harap dapatlah eja perkataan aku tu :)

      Padam

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)