CARI DI BLOG INI

17 September 2014

Cerita Raya 2014. Raya Paling Bermakna Bersama Keluarga, Saudara Mara dan Kawan.

Salam semua.
Raya Aidilfitri dah nak dekat dua bulan berlalu, baru ada kesempatan nak update entri ini. Buat apa update awal2 kan. Hehe. Tahun ni aku tak beraya di kampung Perlis, tapi menghabiskan setiap hari, detik di kampung sendiri.

Disebabkan sibuk bekerja, aku hanya singgah Jusco dengan kawan kerja LEKAS, Hairi pada malam tu untuk baju melayu. Banyak pilihan, aku prefer Blue. 

Baju ni harga RM99. Okay bagi aku sebab kain dia selesa dan tak licin.

Selfie of the Eid. Tahun ni keluarga uda dan mak long balik beraya di kampung masing2. 


Ber-ootd di rumah mertua Induk Kampung Tarun. Sebenarnya tu bukan kereta aku, aku tumpang orang je, jimat minyak dan tenaga. Hahaha. Maklumlah banyak yang dihidangkan masa datang beraya.






























Kebetulan baju matching ngan kasut. Dan kebetulan juga kaler baju sama ngan crush (saudara pon boleh jadi crush).
3 Gambar ni diambil dengan menggunakan Sony QX100 kepunyaan Abang Ajim, tu sebab cantik.


RAYA KE-4 MINI OPENHOUSE
Raya keempat aku start kerja balik. Malam sebelum tu aku beli barang basah then mintak tolong mak masakkan mee kari. Balik je kerja sampai rumah before 6. Jam 6 suku semua sampai.

Mee Kari dan kuih raya sebelum bertambahnya dominos.

Dian Yayan orang last datang, masa tu pukul 10 camtu. Nampak effort dia gigih datang dari Sungai Buloh.


RAYA KE-7 BERSAMA KAWAN
Raya pertama habis satu kampung rumah saudara mara kitorang datang beraya, diikuti raya kedua dan ketiga di Ampang dan Damansara. Raya seterusnya, aku menghabiskan masa bersama kawan2 di kampung. Itu pun tak semua rumah tau.

Minggu kedua raya, kitorang dijemput oleh Ain ke rumahnya untuk makan2. Atas permintaan ramai, dia masakkan nasi ayam panggang. Sumpah awesome gila rasa dia.


P/s: Bagi aku sendiri, tahun 2014 adalah raya paling terbaik setakat ni sebab banyak rumah aku masuk untuk raya dan makan. Bayangkan, setiap weekend dalam sebulan tu mesti ada jemputan open house. Alhamdulillah.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!