CARI DI BLOG INI

07 Disember 2014

Hai OnePlus One, Selamat Berkenalan. (Review)

Salam semua.
Sebelum ni aku ada tulis entri semua henfon kepunyaan aku sehinggalah sekarang.


Henfon terakhir di dalam entri itu jatuh kepada Note 1. Sebenarnya aku dah 3 bulan lebih selesa pakai OnePlus One 16GB White. Mungkin ada yang tak pernah dengar smartphone ni tapi OnePlus keluarkan model ni untuk bersaing dengan pasaran Galaxy Note 3, Sony Xperia Z3 dan HTC M8 dengan harga yang jauh lebih murah. OnePlus One digelar flagship killer. Boleh rujuk spesifikasi di sini KLIK SINI

Ni kotak dia yang lain dari yang lain. Sama besar dengan kotak pizza hut. Haha.

Harga dia RM1069 untuk set AP. Setakat ni, One Plus belum lagi buka market di Malaysia. Maybe next year. Aku beli kat 1Gadget, Menara PGRM Cheras dengan dua hero gadis2  Aman dan Hairi.

Ni rupa dalam kotak selepas unboxing. Ada dua kotak kecil di dalam.

Disertakan sekali dengan free gifts seperti Touch U (memudahkan jari memegang henfon), card-reader, USB port for SmartPhone dan wayar USB.

Di bawah henfon, ada pencungkil sim mikro, wayar USB dan manual. Semuanya bertemakan merah (Man United).

Kotak kedua pula terdapat charger 2 pin.

Skrin beresolusi 1920x1080 dengan 401 ppi memang terbaik dengan harga yang murah.

Banyak masa aku habiskan dengan mendengar MP3 dan layan youtube. Beats tu beli sendiri ya, tak disertakan sekali dalam kotak. Yang bestnya MP3 dia ada app khas untuk kawal equalizer dinamakan Audio FX. Dua stereo speaker bahagian bawah dikuasakan oleh cip DAC Yamaha dan dialunkan oleh JBL memang sedap telinga mendengar.

Antara 2 sebab semua orang nak memiliki smartphone. Kualiti kamera dan games. OnePlus One menggunakan lensa yang sama digunakan smartphone Sony. Kamera beresolusi 13MP dan 5MP dihadapan. Untuk menukar mode contohnya HDR, hanya perlu slide kebawah. Pengalaman layan game sangatlah mengujakan grafik dia. Contohnya, game Clash of Clans (COC).

Gambar ni merasmikan kamera henfon ni. Kedua-dua gambar dengan mode HDR. Masa ni OTW balik dengan jalan jammed.

Ni pula gambar menggunakan kamera hadapan dengan mode auto.

Aku suka galeri gambar dia dengan gaya timeline.

Baru 2 minggu guna, pecah tempered glass 50 hengget. Aku pon terus ke page lelong untuk IMAK case dan tempered glass baru dengan harga RM17 serba satu. Barulah berkilat skrin dan boleh protect mata lepas pasang tempered glass kan. Menggigil gak la tangan aku pasang sendiri. Haha. 


P/s: Bateri dia sangatlah super duper tahan lama. Bayangkan pagi ke tempat kerja dengan 87%. Masa lunch boleh online FB, IG. Balik rumah terus bersiap futsal pada sebelah malam. Balik futsal lepak minum member boleh main COC. 12 malam kat rumah tengok bateri 16%. Memang terbaiklah kan kapasiti bateri 3,100 MaH. Tak sabar nak tengok OnePlus Two. Mesti lagi power.

Update 31 Januari 2015: Aku kini beralih angin ke HTC One M8. KLIK SINI.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

27 ulasan:

  1. Kalau bandingkan ngn iphone 6, kualiti kamera mana lagi cantik?

    BalasPadam
    Balasan
    1. iPhone 6 kamera henfon paling terbaik ketika ni :)

      Padam
  2. i pakai one plus one black punyer
    so far terbaik :)
    dekat lowyat ada yg ori .

    cma 1 jea mlsh , nk cari casing kemain susah

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waaa. Kita geng.
      Casing kat kedai susah siket. Kat Satu Gadjet ada tapi mahal RM40 keatas.
      Sy beli kat lelong.my murah. Belas2 RM boleh dapat.

      Padam
  3. kalau yg ori mana nk cari? tp xnk beli online leceh pulak tunggu. huhu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Bak kata pengomen kat atas ni, katanya di Low Yatt.
      Setahu saya tahun depan baru official OnePlus masuk Malaysia.
      Produk AP set ngan ori tak beza pon, cuma warranty dan cop cyanogen tu je :)

      Padam
    2. Beli online, kurang seminggu boleh dapat

      Padam
  4. hi, beza ap ngan ori mmg warranty je kan? spec dlm semua sama? .. nk beli hp ni, tp bila ckp AP, rs kurang yakin.. haha.. igt nk beli kt directd...

    best tak pakai so far? im note 3 user, camera one plus one ni cepat focus tak? or senang blur?

    hope sgt reply.. thank you.. :D

    BalasPadam
    Balasan
    1. Ya, beza hanya warranty. Spec dan Cyanogen Mode 11 sama. Tapi sy sarankan awak tunggu next year sebab OnePlus akan buka pasaran Malaysia secara official. Terpulanglah, kalau nak beli skrang pon tak rugi sama je. Kamera fokus dia memang cantik. My cousin pon pakai note 3 beli OnePlus One 64GB punya sebab dia kata note bateri tak tahan lama dan asyik hang.

      Padam
    2. ada jugak baca yang one plus nk masuk Malaysia dah next year, tp second phone dah nazak... takpa2.. just nk tahu je, awk pki ok ke idok yg ap..

      thank you!!!

      Padam
    3. Sepanjang sy pakai langsung belum ada apa2 masalah. Tak pernah hang.
      Bateri, terus membatalkan niat sy nak beli powerbank Mi yang murah tu. Heeee :)

      Padam
  5. menarik! tq utk info. hari ni baru nak try pergi kedai satu gadget ni

    BalasPadam
  6. salam nak tanye skit bang. Internet 4G die bleh pakai tak? Dapat 4G?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Wslm. Ya OnePlus One support 4G/ LTE hanya di kawasan2 tertentu (KL/Shah Alam/ Damansara)

      Padam
  7. Hi,I read somewhere that Oneplus One have yellow tint issue,does this happened to yours?I'm planning to buy 64gb version at iPmart

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, it never happened to my OnePlus One because my device is powered by CM11. The new version to replace CM10 :)

      Currently Im using HTC One M8. You may refer to my latest post.

      Padam
  8. Salam . Oneplus sekarang ni dah official ke belum Kat malaysia . Kalau dah kat mqna centernya eh . Terima kasih kerana wujudkan blog macam ni :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Belum lagi, tapi akan launch dalam masa terdekat sebab company OP tengah cari staff di Malaysia sekarang. Buat masa ni OPO boleh dibeli kat DirectD & Satu Gadget.

      Padam
  9. bro saya beli one plus one 16 gb dari lowyat, belakang tidak ada logo cynogen, saya check no imei, dia tunjuk 02 maknya assemble kat emirates, so saya punya one plus one ori, ap or water set .
    tetapi no imei one plus one saya sama macam dkt kotak...

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kod Imei 02 dari China. Henfon bro AP Set sama dengan saya. Logo Cyanogen tu hanya ada di pasaran Europe. Ada yang jual housing belakang tu ada logo Cyanogen di facebook group.

      Padam
  10. Yang ap set mmg takde tulis cyanogen tu ke?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Memang takde. Pasaran Eropah je jual yang ada cop Cyanogen tu. Kalau nampak ada kat Malaysia tu, diorang tukar cover belakang tu.

      Padam
  11. interesting blog. It would be great if you can provide more details about it. Thanks you

    Buy Oneplus One Covers

    BalasPadam
    Balasan
    1. Thanks for the compliment. I appreciate it.

      Padam

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)