CARI DI BLOG INI

08 Mac 2015

Selamat Pengantin Baru, Aminah Rusli. NAJ Kau Bila Pula?

Salam semua.
Minggu lepas, aku bersama Helmy, Hairi dan Farid bersama-sama ke rumah kawan satu kelas sekolah menengah, Aminah untuk memenuhi jemputan pihak pengantin. Ayat macam esei kan. Haha.

Sekali join sekaki makan beradab tu. Maklumlah tetamu kehormat kan. Hehe.

Tumpang kereta si Farid walaupun rumah Aminah dekat je ohh.

Bergambar dengan kawan-kawan sekolah dulu-dulu.

Lepas tu, Aminah dan suami tunjukkan skill memotong kek dengan bergaya.

Selesai bergambar di meja makan beradab, bergambar pula di atas pelamin. Sesungguhnya kami memang gila bergambar. Haha.

Budak2 perempuan kelas aku dulu. Makin berseri-seri ye semua.

Perkara wajib bila keluar dengan kawan-kawan. Selfie! Tak sah kalau takde selfie.


P/s: Selamat pengantin baru, Aminah. Semoga berbahagia hingga bila-bila. Soalan kepada diri sendiri. NAJ bila pula? Jawapannya, baru 20-an. Muda lagi kot.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

06 Mac 2015

Terbeli Mi Band dan Powerbank Xiaomi 10400 mAh (Review).

Salam. Selamat berbulan Mac semua, hamboi.
Awal bulan Februari hari tue, aku ada order Mi Band ngan Powerbank Xiaomi yang murah tu. Aku decided beli pon untuk keperluan henfon baru aku. KLIK SINI. Lepas tiga hari, barang tu sampai by City-Link. 

Packaging dia memang terbaik dan puas hati. Cantik pulak kotak dia boleh buat kotak hadiah untuk gelpren atau crush kan?

Resit. Terbukti murah dan berkualiti. Kalau tak, takdelah aku beli kan.
Kedua-dua kotak selepas dibedah.
Dalam kotak ada powerbank 10400 mAh, kabel USB dan manual.

Rekaan seakan-akan aluminium. Body dia diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi yang dipanggil thermoplastic polyurethane (TPU). LED tu menunjukkan peratusan bateri yang tinggal yang mana 1 blink bersamaan dengan 25% (2600mAh).

Bateri One M8 2600 mAh so powerbank ni boleh cas penuh sebanyak 4 kali. Bateri henfon ni sebenarnya long-lasting, powerbank ni just untuk emergency case. Harga pon murah (RM49) dengan rekaannya yang premium.

Dalam kotak  ada Mi band, charger dan manual. LED dia ada 4 pilihan warna (biru, hijau, merah, oren).  Bateri boleh tahan selama sebulan sebelum dicas semula. Harganya hanya RM59 jika dibandingkan dengan produk sama dari Sony berharga RM399.
Mi band ni berfungsi sebagai alat pencatat kecergasan (joging, walking, jumping rope dan sit up), pencatat masa tidur dan alat penggera (alarm clock). Ia juga akan bergetar (vibrate) setiap kali phone ada notification baru.

P/s: Setiap kali aku beli barang, semestinya aku akan berkongsi dengan korang dulu :)
Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!