Terbeli Mi Band dan Powerbank Xiaomi 10400 mAh (Review).

Salam. Selamat berbulan Mac semua, hamboi.
Awal bulan Februari hari tue, aku ada order Mi Band ngan Powerbank Xiaomi yang murah tu. Aku decided beli pon untuk keperluan henfon baru aku. KLIK SINI. Lepas tiga hari, barang tu sampai by City-Link. 

Packaging dia memang terbaik dan puas hati. Cantik pulak kotak dia boleh buat kotak hadiah untuk gelpren atau crush kan?

Resit. Terbukti murah dan berkualiti. Kalau tak, takdelah aku beli kan.
Kedua-dua kotak selepas dibedah.
Dalam kotak ada powerbank 10400 mAh, kabel USB dan manual.

Rekaan seakan-akan aluminium. Body dia diperbuat daripada plastik berkualiti tinggi yang dipanggil thermoplastic polyurethane (TPU). LED tu menunjukkan peratusan bateri yang tinggal yang mana 1 blink bersamaan dengan 25% (2600mAh).

Bateri One M8 2600 mAh so powerbank ni boleh cas penuh sebanyak 4 kali. Bateri henfon ni sebenarnya long-lasting, powerbank ni just untuk emergency case. Harga pon murah (RM49) dengan rekaannya yang premium.

Dalam kotak  ada Mi band, charger dan manual. LED dia ada 4 pilihan warna (biru, hijau, merah, oren).  Bateri boleh tahan selama sebulan sebelum dicas semula. Harganya hanya RM59 jika dibandingkan dengan produk sama dari Sony berharga RM399.
Mi band ni berfungsi sebagai alat pencatat kecergasan (joging, walking, jumping rope dan sit up), pencatat masa tidur dan alat penggera (alarm clock). Ia juga akan bergetar (vibrate) setiap kali phone ada notification baru.

P/s: Setiap kali aku beli barang, semestinya aku akan berkongsi dengan korang dulu :)

Ulasan