CARI DI BLOG INI

29 Oktober 2016

Makan Meatball dan Membeli Belah Di Ikea Cheras Kali Ketiga

Salam semua.
Semalam aku ke rumah nek ngah kat ampang dengan adik. Balik tu secara tak sengaja boleh singgah Ikea Cheras. Memang unplanned!


First time ambil set nugget. Kali ni ambil yang simple je acah-acah minum petang. Hehe.

Semuanya RM35.50.

Jumpa lukisan ni kat store Ikea. Nampak cakar ayam tapi sekali pandang cantik sebenarnya.

Mulanya nak beli lampu ni. Harga pon boleh tahan murah RM29.90 je. 

 Berjaya bawa balik semua ni walaupun singgah je. Hahaha.

Sejuk dan selesa kain selimut ni. Harga RM14.90. 

Pinggan dan mangkuk ni harga dia RM1.90 je satu. Aku beli untuk mak yang selalu mengadu pinggan tak banyak kat rumah.  

Tali reben. RM 0.90. Adik punya ni. 

Lampu gantung ni pun untuk mak juga. Nak pasang kat meja makan rumah. RM24.90. 

Ni kotak adik. Harga RM 3.90. 

Lampu meja untuk letak sebelah katil. Harga dia murah je, RM19.90. 

Cermin muka. RM7.90. 

Barang ASIS. Singkatan untuk barang reject atau sample. Boleh gantung kat dinding. RM10. 

Total semua RM135.50. Ini pun sebab gaji dah masuk kalau tak memang tak sampai seratus. Hehe.


P/s: Ikea Cheras ni dah jadi tempat favourite sekarang. Bagi aku lagi best lepak sini daripada lepak shopping complex.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

21 Oktober 2016

Cabaran Maggi Samyang Hot Chicken Ramen (Review)

Salam semua.
Disebabkan maggi ramen ni memang famous kat Malaysia ni, aku pun taknak ketinggalan untuk merasa kepedasannya. Ramai yang buat video kat instagram, facebook sampai menangis kot. Abang-abang pon berlinang air mata. Haha.

Cantik packaging dia.

Sebenarnya maggi ni kakak aku beli kat instagram. Harga dia RM 24. Ada lima bungkus kecil di dalam.

Pastikan ada logo halal baru beli tau. 

Kalau korang rasa nak makan, pastikan sediakan air sebelum hujan air mata.


Yes, lulus cabaran maggi samyang chicken ramen dengan jayanya!

REVIEW
Maggi dia memang sedikit tebal berbanding maggi2 jenama lain yang ada kat pasaraya. Bau dia memang kuat dan sedap. Bila makan tak rasa pedas. Lepas dua tiga minit masuk mulut baru rasa pedas tu datang. Memang aku sendiri tak tahan kepedasan dia. Walaupun pedas gila tapi tak dinafikan memang sedap dan rasa nak makan lagi selepas habis. Aku boleh kasi 4 bintang untuk maggi buatan Korea ni.


P/s: Memang jatuh cinta dengan rasa maggi ni. Jangan salah faham, aku bukan k-pop.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

16 Oktober 2016

Makan Meatball Dan Shopping Di Ikea Cheras Kali Kedua.

Salam semua.
Semalam aku dengan kawan ke Ikea Cheras kali kedua dalam tahun ni. Last pergi bulan Januari hari tu, so kenalah pergi lagi kan.


Rutin biasa sebelum membeli-belah di store Ikea, kenalah isi perut dengan makanan kat kafe Ikea. Kali ni ambil yang rasa boleh habiskan, yelah taknak lah membazir dalam bab makan ni.   


First time try ayam quater ni. Boleh tahan. Saiz dia besar. Tak habis kot. So bawa balik je bagi kucing, hahaha.

Semuanya RM 56.30. Mahal? Berbaloi sebenarnya, makanannya yang sedap dan dalam portion yang besar. 

Lepas makan, terus ke store. Beli barang yang perlu je. Satu lagi, memang pilih harga yang murah je.

Setengah jam fikir nak yang mana satu, last2 tak jadi beli sebab rambang mata. Dua2 warna lawa tu.

 Tapi balik rumah baru dapat buat keputusan, nak beli yang warna ni. 

Sebelum balik, tak sah kalau tak beli sosej dua hengget ni. Letak pula sos biji sawit tu.

Minum pakai botol ni, air kosong pon boleh jadi sedap. Haha. Tak percaya cubalah. Yang besar berharga RM5.90, yang kecil pula RM4.90. Sesuai nak bawa masuk office.

Lilin epal hijau. Boleh dijadikan pewangi meja. Bau epal hijau memang favourite aku. Harga RM5.90.

Glass ni pon sama, minum air kosong boleh rasa manis. Hehe. Harga RM2.90. 

Yang ni untuk tolak air kat sinki. Harga RM6.90. 

Tisu ni aku nak jadikan hiasan je kat meja aku. Harga RM.3.90. Macam tisu hotel. Memang ekslusif.

 Total semua RM30.40.


P/s: Kalau gaji dah dapat ni konfem beratus bil ni. Nasib baik gaji tak dapat lagi. Hehe.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

10 September 2016

Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press

Salam dan hai semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Hari ini aku nak tulis sedikit review sebuah buku yang bertajuk Hungga oleh seorang naqibah bernama Nur Afirah. 


Judul:  Hungga
Penulis: Nur Afirah
Penerbit: #UF Press
Mukasurat: Tak dinyatakan.

Setelah dikeluarkan daripada parcel poslaju, inilah rupanya. Kreatif dan kemas. Rasa sayang pula nak buka kan?


Kulit buku yang minimalis dan kemas menunjukkan sebuah illustrasi bayang seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Penanda buku disertakan sekali untuk kemudahan pembaca. Buku ni takde halaman mukasurat. Mungkin ada sebab yang tersendiri daripada penulis ini.

Kulit belakang Hungga.

REVIEW (Mengandungi spoils)

Aku mengambil masa dua hari untuk menghabiskan bacaan buku ni. Gigih betul nak habiskan baca sebab aku minat dengan penulis ni selepas tengok Kerana Seorang Ammar di saluran Tv Alhijrah yang mana Nur Afirah merupakan penulis skrip telemovie tersebut.

Buku ini adalah buku jenis autobiografi berkonsep dakwah Islamiah. Ia bukannya sebuah novel. Penulis memulakan kisahnya di bangku sekolah yang mana penulis merasakan dirinya seorang yang rebel (nakal) dan malas untuk belajar. Penceritaan dikembangkan ketika dirinya menyambung pelajaran di universiti sebelum melibatkan diri di dalam bidang seni hiburan dan menyertai perkhemahan serta program-progran agama yang dipanggil usrah.

Kredit gambar: FB Page Nur Afirah

Penulisan penulis dalam menceritakan lika-liku kehidupannya mampu memberi motivasi dan inspirasi kepada pembaca sebagaimana niat asal penulis bersemangat mengajak kita semua ke jalan Allah SWT. Ayat dan perkataan yang digunakan kebanyakan lebih kepada bahasa santai. Konsep berdakwah tu sebenarnya mudah, tak semestinya kena formal sangat. Janji pendengar faham apa yang nak disampaikan. Inilah yang penulis lakukan.

Penulis banyak menggunakan perkataan bahasa arab dalam tulisannya bab demi bab contohnya naqibah (seorang wanita yang menjalankan program agama), mukhayyam (perkhemahan), usrah (program agama), qudwah (teladan yang baik), murabbi (yang luas melebihi tahap mualim), tsabatkanlah (teguhkan pendirian) dan banyak lagi. Usaha penulis dalam menggunakan bahasa arab boleh menggalakkan pembaca menggunakan bahasa arab dalam kehidupan seharian.

Di akhir bab, penulis memilih topik cinta sebagai penutup. Cerita cinta sememangnya favourite aku. Idea dan teknik olahannya sangat baik sehinggakan aku sendiri tak dapat menjangkakan apa yang dimaksudkan oleh penulis. Boleh jadi penulis sudah jatuh cinta ataupun hatinya sedang diintai.

Menjadi seorang wanita solehah adalah impian semua wanita. Memiliki wanita solehah pula adalah impian semua lelaki. Seorang wanita solehah boleh mengubah dunia. Tak percaya? Bacalah dulu. Insha allah, buku ini boleh menjadi rujukan anda.

4/5 bintang

Untuk mendapatkan buku Hungga, boleh hubungi whatsapp wakil #UF Press di talian 018-3278535. Ikuti perkembangan penulis seperti berikut:
Facebook: Nur Afirah
Instagram: @nurafirah_
Twitter: @nurafirahh_


P/s: Buat Nur Afirah, teruskan dakwah anda untuk membimbing lebih ramai umat Islam mendapat keredhaan Allah SWT. 

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

30 Julai 2016

Merasa Subway Chicken Tandoori Di Metro Point Kajang (Review)

Salam semua dan hai.
Semalam aku singgah ke Subway Metro Point. Dah lama sangat nak rasa sendiri Subway ayam tandoori ni. Bila dengar kat radio lagu yang mamak nyanyi tu memang menguji iman betul.

Bila tengok gambar ni, memang terus rasa nak beli walaupun tak rasa lapar. Memang tergoda. Umph!

Ini dia. Subway chicken tandoori, air jus oren Minute Maid dan cookies coklat. Semua sekali RM12.70. Cookies tu RM0.80 sebiji.

Roti pilihan aku, 9. Grain Honey Oat. Semua sos aku mintak kecuali sos cili. Letak blackpepper dengan minyak olive. Semua sayur juga aku ambil. Barulah berbaloi dengan harga kan?

Cookies coklat sebagai pencuci mulut.

REVIEW
Rasa ayam tandoori dia memang sama dengan mana-mana kedai mamak yang sedap. Memang original. Lembut isi ayam dia bermakna cukup masa perapannya. Dimakan pula dengan campuran sos honey mustard, mayonnaise, ketchup, bbq, ranch, thousand island dan olive oil blend memang menarik rasanya. Cubalah try. Kesimpulannya, aku berpuas hati dengan rasa dan berbaloi dengan harga yang aku bayar. Rating peribadi aku 4 bintang daripada 5.


P/s: Warna merah ayam tandoori dalam gambar iklan tak sama dengan yang kita beli tau. 

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!