Makan Meatball dan Membeli-Belah di IKEA Cheras

Salam semua. 
Tahun baru ni aku mulakan projek jenjalan ke IKEA yang baru buka di Cheras. Almaklumlah, IKEA baru buka, tahap kejakunan tu semestinya tinggi kan.


So, sabtu semalam siap2 pukul 10 pagi bertolak. Semangat betul kalau nak jalan2 ni, kalau nak siap2 awal pergi kerja tak pernah macam ni. Haha.

Bertolak awal pon still jammed jalan Cochrane ni. Kat fly over ni dah boleh nampak signboard IKEA yang teguh berdiri mencakar langit tu.

Banyak site keliling IKEA ni masih dalam pembinaan. Ada orang cakap IKEA Cheras ni lagi besar daripada IKEA Damansara? Rasa macam sama je.

Sampai je terus ke kafe IKEA. Memang menjadi kewajipan untuk sesiapa yang datang sini  menjamu selera dahulu sebelum shopping barang-barang. Banyak pilihan makanan yang awesome untuk korang pilih. Jangan jadi rambang mata macam aku pula. Haha.

Total untuk semua makanan ni RM69.50. Bagi aku ia sangat berpatutan untuk tiga orang makan dan kuantiti makanan yang banyak dan rasanya tentulah sedap.


Aku suka packaging air mineral dia. Simple dan cantik. Murah je RM1 sebotol.

Puding Karamel. Tak terlalu manis. Memang kena dengan kehendak tekak aku.

Selesai makan, jum kita shopping barang-barang IKEA pula.

Setiap sudut ruang deko IKEA memang awesome, warna dia indah mata memandang. Rasa nak beli semua je. Rasanya semua nak ruang tamu kat rumah macam ni kan?

Ruang deko bilik tidur. Sekali pandang, rekaan dua dalam satu katil dan meja ni sangat fleksibel. Memang rasa nak beli je tapi bukak dompet adalah dua helai duit singgit. Haha.

Dalam hati, "Bilalah boleh dapat bilik sendiri yang macam ni".

Sejak ada kes budak2 ehem2 dalam ni kat Damansara, terus IKEA tutup lubang ni. Hahaha.

Sedar tak sedar, dah hampir penuh barang dalam troli. Ambil pon yang murah2 je. Lagipun, tak semua barang dalam troli ni aku punya. Barang2 aku semua yang bawah ni je.

Memandangkan jam kat bilik aku dah rosak, so aku decided beli yang ada kat sini. Harga RM3.90.

Penyangkut pelbagai barang. Harga dia RM4.90.

Pensel IKEA. Harga kosong ringgit.


Meja kecil (biasa letak lampu tidur tapi aku nak letak tv untuk PS4 aku) berharga RM29.90 serba satu. Rak perhiasan dinding tu berharga RM6.90 sebuah. Penyangkut besi tu RM6.90.

Memang tak dinafikan sesiapa yang berhajat nak beli barang2 dekorasi rumah atau perabot, semestinya IKEA menjadi pilihan utama. Ada barang yang murah, banyak juga barang yang mahal. Apa-apa pun, belilah ikut kemampuan masing2, ukur baju di badan sendiri kan. Jadilah macam aku ni beli yang murah2 je. Hehe.


P/s: Nak pergi lagi bulan depan!

Ulasan

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)