CARI DI BLOG INI

25 April 2016

Review Buku Acah-Acah #Deep Oleh Shazreen Fazlynda Dari Puteh Press

Salam dan hai.
Dah lama tak review buku kan? Nampak sangat dah lama tak membaca. So semalam aku gigih habiskan baca buku Acah-Acah Deep ni sampai tidur lambat dibuatnya!



Judul:  ACAH-ACAH DEEP
Penulis: Shazreen Fazlynda
Penerbit: Puteh Press
Mukasurat: 144

KENAPA BELI?
Sebenarnya ini buku adik aku si budak darjah 6 tu yang punya. Aku saja je baca buku idola dia. Then, usha video si penulis ni, famous rupanya dia ni. Tinggi views dia, video pun boleh tahan menarik. Terdetik pula di hati nak buat review yang sekian lama tak buat.


Bahasa Utagha Inside. Tengok tu dia siap bagitahu awal-awal tu.

REVIEW (Mengandungi spoils)

Buku ini adalah buku jenis autobiografi. Basically, Shazreen Fazlynda (SF) memulakan kisahnya semasa zaman penghijrahannya (menutup aurat dengan sempurna) di tingkatan 5 sehingga zaman perkahwinannya di usia 23.


Ada beberapa kisah yang aku rasa menarik dan memberi inspirasi kepada sesiapa sahaja termasuk aku sendiri. Cara-cara nak  kurus pun dia ada kongsi siap dengan gambar makanan lagi. Selain itu, banyak juga pengajaran dan motivasi yang SF kongsikan dalam penulisannya mengingatkan aku kepada videonya (V-log). Aku suka dengan cara penyampaian SF dalam berdakwah menerusi penulisan jujurnya. Sambil berkarya, sambil dapat pahala.

Hampir setiap halaman ada gambar. Aku suka dengan konsep ini mengingatkan aku kepada buku Saiful Nang (Kisah Orang Menang). Untuk pengetahuan korang, suami SF ni seorang fotografer. Semestinya, suami SF banyak menyumbang gambar untuk buku ni.

Bab ni paling aku suka. Ayat colour merah tu macam dituju khas je untuk aku. Haha. Anyways, aku tak pernah pun rasa lonely (dalam hati berhuhuhu). 

Ada cerpen kat hujung mukasurat buku ni bertajuk, #DEEDRIUM. Dia punya twist sangatlah brilliant. Tak pernah terfikir dek akal! Kesimpulannya, percubaan pertama SF dalam menulis buku pertama tidak mengecewakan. 


3.5/5 bintang


P/s: Banyak lagi buku kat rak bilik aku ni tak terusik. Inshaallah, nak jadikan tahun 2016 tahun rajin membaca. Nak habiskan baca semua buku dulu, baru boleh beli buku baru.


Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

07 April 2016

Singgah Membeli Di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall Kuala Lumpur Kali Kedua

Salam semua dan hai.
Lepas habis makan kat Restoran Pak Mal Nasi Ayam (KLIK SINI), aku terus ke Kedai Ustaz buat kali kedua so bolehlah usha barang-barang baru restocked. Post aku sebelum ni di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall, klik link bawah ni. 

BACA: Singgah Membeli Di Kedai Ustaz, MARA Digital Mall, Kuala Lumpur.

Kali ni aku berhabis RM45.00, lapan ringgit lebih daripada sebelum ni. Tapi lebih banyak barang.

Untuk sesiapa yang tak tau mana satu bangunan MARA Digital Mall ni, ni dia gambar dari google. Terletak di betul2 di Jalan Raja Laut, KL.

Masa pergi first time tu, case ni dah habis so bila dah restocked ni, aku kebas sampai tiga. Boleh buat spare kan. Harga RM3 je. Case ni memang selesa pakai kat phone, sedap dipegang, nipis dan berkilat. Kalau nak beli kat pasar malam ni, konfem RM10.

Dulu aku pernah beli beats AAA ni kat The Mines dalam RM30. Memang best kualiti bass dia. Bila nampak kat kedai Ustaz ni, terus sambar satu. Harga pun murah RM15.

MP3 Player, RM6. Kebanyakan yang jual di Instagram dalam RM20 - RM23. Bolehlah bawak pergi jogging lepas ni. 

Nano sim adapter. Semua ada, sim card, micro sim dan nano sim. RM1 je. Remax Micro SDHC Card berharga RM14 untuk kapasiti 8 GB.

So, ini jelah yang sempat aku sambar. Ambil barang pun berkira-kira juga, nak berjimat sikit. Nak menyimpanlah siket untuk buat hantaran. Hehe. Macam yang aku katakan sebelum ni, kalau korang mencari aksesori handphone korang, kedai Ustaz ni memang highly recommended. Harga dan kualiti sangat puas hati!


P/s: Pasal duit hantaran tu sebenarnya wayang je, padahal nak buat beli Honda Civic. Hahahaha.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

05 April 2016

Makan Di Restoran Pak Mal Nasi Ayam dan Kedai Kopipes Penkek (Pancake) Krabi, Shah Alam

Salam semua dan hai.
Semalam aku renew kad hijau aku kat CIDB Shah Alam. Lepas bayar nak balik tu terasa lapar then aku pusing2 la kat area seksyen 14 tu terjumpa Restoran Pak Mal Nasi Ayam ni. Restoran ni kat tengah2 taman perumahan Seksyen 10.

Kredit gambar: Google.com

Walaupun menu utama dia nasi ayam, aku lebih tertarik untuk makan feveret aku nasi kukus ayam berempah. Harga dia RM5.50. Teh o ais RM1.50. Pendapat peribadi aku memang berbaloi harga dia dengan portion besar macam ni, diperbagaikan pula dengan kari daging terung, keropok ikan selain ayam goreng berempah, nasi dan sambal belacan. Ayam dia sedap ditambah dengan kriuk-kriuk rangup tu. Kuah kari pun sedap dan sambal memang cukup pedasnya. Memang recommended lah!

Kredit gambar: Google.com
Kat situ juga ada kiosk kecil Kedai Kopipes Krabi Pancake. Aku pun rasa tergoda nak try penkek nutella macam kat Krabi tu. Almaklumlah tak pernah ke Krabi lagi.

Kredit gambar: FB Page rasmi Kedai Kopipes
Senarai menu penkek dan harga. Rambang mata dibuatnya.

Pilihan aku, Pisang Cheese Nutella. Harga RM5.00. Harga yang berpatutan.

Penkek dia yang garing, ditambah bau mentega lagi bila makan. Umppphhh. Kombinasi rasa pisang dan cheese pula memang tak boleh dilupakan. Dalam setiap petak ada pisang dan cheese. Recommended!

Restoran Pak Mal Nasi Ayam,
 No.2, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 
40100 Shah Alam Selangor 
Tel: 03-55139366 

P/s: Nanti kad hijau dah siap, semestinya nak singgah lagi!

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!