CARI DI BLOG INI

05 April 2016

Makan Di Restoran Pak Mal Nasi Ayam dan Kedai Kopipes Penkek (Pancake) Krabi, Shah Alam

Salam semua dan hai.
Semalam aku renew kad hijau aku kat CIDB Shah Alam. Lepas bayar nak balik tu terasa lapar then aku pusing2 la kat area seksyen 14 tu terjumpa Restoran Pak Mal Nasi Ayam ni. Restoran ni kat tengah2 taman perumahan Seksyen 10.

Kredit gambar: Google.com

Walaupun menu utama dia nasi ayam, aku lebih tertarik untuk makan feveret aku nasi kukus ayam berempah. Harga dia RM5.50. Teh o ais RM1.50. Pendapat peribadi aku memang berbaloi harga dia dengan portion besar macam ni, diperbagaikan pula dengan kari daging terung, keropok ikan selain ayam goreng berempah, nasi dan sambal belacan. Ayam dia sedap ditambah dengan kriuk-kriuk rangup tu. Kuah kari pun sedap dan sambal memang cukup pedasnya. Memang recommended lah!

Kredit gambar: Google.com
Kat situ juga ada kiosk kecil Kedai Kopipes Krabi Pancake. Aku pun rasa tergoda nak try penkek nutella macam kat Krabi tu. Almaklumlah tak pernah ke Krabi lagi.

Kredit gambar: FB Page rasmi Kedai Kopipes
Senarai menu penkek dan harga. Rambang mata dibuatnya.

Pilihan aku, Pisang Cheese Nutella. Harga RM5.00. Harga yang berpatutan.

Penkek dia yang garing, ditambah bau mentega lagi bila makan. Umppphhh. Kombinasi rasa pisang dan cheese pula memang tak boleh dilupakan. Dalam setiap petak ada pisang dan cheese. Recommended!

Restoran Pak Mal Nasi Ayam,
 No.2, Jalan Selendang 10/10, Seksyen 10, 
40100 Shah Alam Selangor 
Tel: 03-55139366 

P/s: Nanti kad hijau dah siap, semestinya nak singgah lagi!

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)