Catatan

Tunjukkan catatan dari Mei, 2016

Singgah Membeli Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, MAEPS Serdang.

Imej
Salam semua. Semalam aku berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2016). Pameran buku terbesar di Malaysia kali ni diadakan pertama kali di MAEPS Serdang. Macam biasalah, aku nak kongsikan buku apa yang aku beli kali ni. Last aku pergi pesta buku ni tahun 2014. Baca:  Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, PWTC. Baca: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014, PWTC. Sebelum shopping buku, kitorang makan dulu. Masa ni memang panas terik macam matahari seinci atas kepala. Di sini ada 3 tempat makan pilihan. Boleh pilih dewan D atau tempat menunggu shuttle bus (gambar atas). Kitorang pilih beli je di foodtruck kat sebelah dewan A. Beli nasi ayam panggang boneless dan nasi kambing grill. Harga RM9 dan RM10 je. Harga yang berpatutan dan rasa yang marvellous. Lepas makan, terus ke Dewan A dengan penuh semangat dan harapan.  Booth yang paling jadi tumpuan ramai, Dubook Press. Memang ramai sebab Dubook Press ada sediakan hadiah cabutan