Singgah Membeli Di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2016, MAEPS Serdang.

Salam semua.
Semalam aku berkesempatan ke Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL2016). Pameran buku terbesar di Malaysia kali ni diadakan pertama kali di MAEPS Serdang. Macam biasalah, aku nak kongsikan buku apa yang aku beli kali ni. Last aku pergi pesta buku ni tahun 2014.

Baca: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013, PWTC.
Baca: Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2014, PWTC.

Sebelum shopping buku, kitorang makan dulu. Masa ni memang panas terik macam matahari seinci atas kepala. Di sini ada 3 tempat makan pilihan. Boleh pilih dewan D atau tempat menunggu shuttle bus (gambar atas).

Kitorang pilih beli je di foodtruck kat sebelah dewan A. Beli nasi ayam panggang boneless dan nasi kambing grill. Harga RM9 dan RM10 je. Harga yang berpatutan dan rasa yang marvellous.

Lepas makan, terus ke Dewan A dengan penuh semangat dan harapan. 

Booth yang paling jadi tumpuan ramai, Dubook Press. Memang ramai sebab Dubook Press ada sediakan hadiah cabutan bertuah Volkswagen Polo untuk belian RM50 ke atas. Selain tu, ada roda impian yang antara hadiahnya buku #TheAmranFans dan T-shirt. Masa aku sampai sini, ada penggiat seni, PyanHabib mempromosikan bukunya.

Banyak sangat buku best sampai rambang mata dibuatnya. Rasa macam nak baca sampai habis je kat sini, so jimat siket. Haha.

Ini yang aku sempat rembat kat booth ni. Semua ni berharga RM50. Mana-mana tiga buku bernilai RM50 termasuk buku selfie Hafiz Hamidun tu. Buku #Village People tu aku beli untuk adik aku.

Terjah pula di booth Puteh Press terus ambil 3 buku ni. Kat sini tiga buku atas RM25 hanya RM60 je. Berbaloi juga kalau beli Buku Kisah Orang Menang -  Saiful Nang kat Popular RM30 tu. Potong 10% member card RM27. Alang-alang tu, aku ambil sekali buku terbaru Saiful Nang - Mat Jenin Sebenarnya Hero.

Habis pusing-pusing dalam dewan A, pergi pula ke Dewan C. Sebelah dewan A je. Masuk booth Gempak Starz tertarik pula tengok badge & memo note gambar Lawak Kampus dengan Under 18. Aku memang peminat komik ni. Harga badge murah,  RM2 je. Memo note kecik tu RM1. Dapat free gift memo note tulisan Lawak Kampus tu. 

Buku ni pula aku beli kat booth PTS untuk mak aku sempena hari ibu memandangkan dia peminat tegar masakan daging.

Pesta buku kali ni, aku berhati-hati dalam memilih buku sebenarnya. Sebabnya banyak buku sebelum ni beli pun tak habis baca lagi. Lagi satu nak menabung siket untuk duit hantaran. Hehe. Bagi aku sendiri, pesta buku kali ni adalah paling terbaik dalam anjurannya. So kalau korang belum datang ke PBAKL2016 lagi, hari ni hari terakhir PBAKL2016 sampai 6 petang.


P/s: Ramai yang komplen parking kereta jauh gila dengan dewan. Kereta aku paling dekat dengan dewan A pun still jauh. Jauh tapi berbaloi tau!

Ulasan