CARI DI BLOG INI

30 Jun 2016

Tangan Mengada Masak Maggi Goreng Nizam's Style Untuk Sahur

Salam semua.
Rasanya belum lagi terlambat nak ucap selamat berpuasa untuk semua umat Islam di Malaysia dan seluruh dunia.

Bila bercerita pasal puasa ni, memang wajiblah kena sahur kan. Kalau selalu sangat sahur makan nasi mesti boring gak kan so aku suggest masak je maggi goreng. Senang dan cepat disediakan. Bahan-bahan yang diperlukan ialah:

Tauhu kering (4 biji), bawang besar (sebiji), bawang putih (tiada dalam gambar), tomato (1/4 biji), cili api (ikut selera) dan garam secukup rasa (tiada dalam gambar).

Mee maggi (maggi perisa kari) yang dah direbus dan ditoskan serta perencah maggi kari (tiada dalam gambar). Jangan lama sangat rebus maggi tu dalam 3 minit je.

Daging (satu genggam). Daging dihiris sepenuh hati.

Wantan (2 biji). Potong kecik. Wantan ni akak aku punya, dia tak tau pun aku ambil. Hehe.


CARA-CARA

Mula-mula panaskan minyak dalam kuali. Agak-agak je berapa banyak minyak, jangan terlalu banyak dan jangan terlalu sikit.


  • Bila minyak dah panas, masukkan daging, bawang besar, bawang putih dan cili api. 
  • Naik bau je terus masukkan wantan dan tomato.
  • Masukkan mee maggi.
  • Masukkan garam dan perencah kari maggi.
  • Gaul dengan hati yang tenang.
  • Masukkan tauhu kering.
  • Gaul dan hidangkan atas pinggan.

Hiaskan dengan salad.

Selfie sebelum start makan. Senang je nak masak sendiri maggi goreng sendiri kan? Masakan ni aku namakan Maggi Goreng Nizam's Style. Tak sampai setengah jam siap untuk hidangan yang biasa dijual dalam RM6 ke RM7 kat kedai mamak. Masak sendiri lebih puas hati sebenarnya sebab makanan tu datang dari air tangan kita sendiri. Kebersihan pun secured. So, korang taknak ke try masak untuk sahur esok?


P/s: Resepi masakan rendang Nizam's style akan menyusul. Nantikan!

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!