Makan Meatball dan Membeli Belah Di Ikea Cheras Kali Ketiga

Salam semua.
Semalam aku ke rumah nek ngah kat ampang dengan adik. Balik tu secara tak sengaja boleh singgah Ikea Cheras. Memang unplanned!


First time ambil set nugget. Kali ni ambil yang simple je acah-acah minum petang. Hehe.

Semuanya RM35.50.

Jumpa lukisan ni kat store Ikea. Nampak cakar ayam tapi sekali pandang cantik sebenarnya.

Mulanya nak beli lampu ni. Harga pon boleh tahan murah RM29.90 je. 

 Berjaya bawa balik semua ni walaupun singgah je. Hahaha.

Sejuk dan selesa kain selimut ni. Harga RM14.90. 

Pinggan dan mangkuk ni harga dia RM1.90 je satu. Aku beli untuk mak yang selalu mengadu pinggan tak banyak kat rumah.  

Tali reben. RM 0.90. Adik punya ni. 

Lampu gantung ni pun untuk mak juga. Nak pasang kat meja makan rumah. RM24.90. 

Ni kotak adik. Harga RM 3.90. 

Lampu meja untuk letak sebelah katil. Harga dia murah je, RM19.90. 

Cermin muka. RM7.90. 

Barang ASIS. Singkatan untuk barang reject atau sample. Boleh gantung kat dinding. RM10. 

Total semua RM135.50. Ini pun sebab gaji dah masuk kalau tak memang tak sampai seratus. Hehe.


P/s: Ikea Cheras ni dah jadi tempat favourite sekarang. Bagi aku lagi best lepak sini daripada lepak shopping complex.

Ulasan