CARI DI BLOG INI

16 Oktober 2016

Makan Meatball Dan Shopping Di Ikea Cheras Kali Kedua.

Salam semua.
Semalam aku dengan kawan ke Ikea Cheras kali kedua dalam tahun ni. Last pergi bulan Januari hari tu, so kenalah pergi lagi kan.


Rutin biasa sebelum membeli-belah di store Ikea, kenalah isi perut dengan makanan kat kafe Ikea. Kali ni ambil yang rasa boleh habiskan, yelah taknak lah membazir dalam bab makan ni.   


First time try ayam quater ni. Boleh tahan. Saiz dia besar. Tak habis kot. So bawa balik je bagi kucing, hahaha.

Semuanya RM 56.30. Mahal? Berbaloi sebenarnya, makanannya yang sedap dan dalam portion yang besar. 

Lepas makan, terus ke store. Beli barang yang perlu je. Satu lagi, memang pilih harga yang murah je.

Setengah jam fikir nak yang mana satu, last2 tak jadi beli sebab rambang mata. Dua2 warna lawa tu.

 Tapi balik rumah baru dapat buat keputusan, nak beli yang warna ni. 

Sebelum balik, tak sah kalau tak beli sosej dua hengget ni. Letak pula sos biji sawit tu.

Minum pakai botol ni, air kosong pon boleh jadi sedap. Haha. Tak percaya cubalah. Yang besar berharga RM5.90, yang kecil pula RM4.90. Sesuai nak bawa masuk office.

Lilin epal hijau. Boleh dijadikan pewangi meja. Bau epal hijau memang favourite aku. Harga RM5.90.

Glass ni pon sama, minum air kosong boleh rasa manis. Hehe. Harga RM2.90. 

Yang ni untuk tolak air kat sinki. Harga RM6.90. 

Tisu ni aku nak jadikan hiasan je kat meja aku. Harga RM.3.90. Macam tisu hotel. Memang ekslusif.

 Total semua RM30.40.


P/s: Kalau gaji dah dapat ni konfem beratus bil ni. Nasib baik gaji tak dapat lagi. Hehe.

Tweet Artikel Ini Jika Anda Suka!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Takkan Baca Je? Komenlah kerana setiap komen yang ditinggalkan akan dijawab on the spot. Jika anda ingin menggunakan gambar di blog ini, boleh minta keizinan daripada penulis terlebih dahulu :)