Tangan Mengada Buat Cadbury Jar/ Balang Cadbury (Cara-Cara)

Salam semua.
Entri ni adalah entri pertama di bawah tag DAPUR NAJ, lepas ni akan menyusul banyak entri pasal kemahiran dan kepakaran memasak aku. Haha ayat memang berlagak disitu. Okay, senang je nak buat cadburyjar yang tengah trending sekarang ni. 

Bahan-bahan yang diperlukan ialah bubble rice, planta, 3 coklat cadbury (ikut berapa jumlah balang) dan balang. Ada orang tanya kat Instag, mana dapat bubble rice? Boleh dapat kat kedai jual bahan2 kek macam kedai Rakan kat Semenyih.

Balang dan bekas yang aku jumpa kat rumah. Balang tengah tu aku rembat akak aku punya dia buat tabung duit. Takpelah lagipun akak kat Langkawi sekarang bercuti.

Bawak semua bahan ke dapur.

Colek-colekkan sedikit pelanta kat permukaan periuk dan gunakan api macam gambar atas ni. Sebenarnya tak payah letak planta pun takpe, tapi aku just nak ada bau wangi siket.

Panaskan kuali dengan isikan air. Kalau korang takde periuk kaca, boleh je gunakan periuk biasa. Letakkan semua cokelat dan tunggu dalam kurang  10 minit untuk cair sepenuhnya.

Tuangkan coklat yang cair tu ke atas buble rice yang telah tersedia dalam balang dan bekas.

Kemaskan dan inilah hasilnya. Tak berapa nak kemas macam dalam instashop semestinya sebab first attempt kan. Takpe, next time aku akan buat paling kemas dalam sejarah tamadun manusia.

Muka bangga dengan hasil sendiri. Haha. Ada orang tegur dah makin bambam. Mana ada kan? Haha. Korang boleh cuba buat cadburyjar yang memang super duper senang.

P/s: Nak jadikan tahun ni tahun rajin memasak. 

Ulasan