Review Buku Hungga Oleh Nur Afirah Dari #UF Press

Salam dan hai semua.
Selamat Hari Raya Aidiladha untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Hari ini aku nak tulis sedikit review sebuah buku yang bertajuk Hungga oleh seorang naqibah bernama Nur Afirah. 


Judul:  Hungga
Penulis: Nur Afirah
Penerbit: #UF Press
Mukasurat: Tak dinyatakan.

Setelah dikeluarkan daripada parcel poslaju, inilah rupanya. Kreatif dan kemas. Rasa sayang pula nak buka kan?


Kulit buku yang minimalis dan kemas menunjukkan sebuah illustrasi bayang seorang wanita yang menutup aurat dengan sempurna.

Penanda buku disertakan sekali untuk kemudahan pembaca. Buku ni takde halaman mukasurat. Mungkin ada sebab yang tersendiri daripada penulis ini.

Kulit belakang Hungga.

REVIEW (Mengandungi spoils)

Aku mengambil masa dua hari untuk menghabiskan bacaan buku ni. Gigih betul nak habiskan baca sebab aku minat dengan penulis ni selepas tengok Kerana Seorang Ammar di saluran Tv Alhijrah yang mana Nur Afirah merupakan penulis skrip telemovie tersebut.

Buku ini adalah buku jenis autobiografi berkonsep dakwah Islamiah. Ia bukannya sebuah novel. Penulis memulakan kisahnya di bangku sekolah yang mana penulis merasakan dirinya seorang yang rebel (nakal) dan malas untuk belajar. Penceritaan dikembangkan ketika dirinya menyambung pelajaran di universiti sebelum melibatkan diri di dalam bidang seni hiburan dan menyertai perkhemahan serta program-progran agama yang dipanggil usrah.

Kredit gambar: FB Page Nur Afirah

Penulisan penulis dalam menceritakan lika-liku kehidupannya mampu memberi motivasi dan inspirasi kepada pembaca sebagaimana niat asal penulis bersemangat mengajak kita semua ke jalan Allah SWT. Ayat dan perkataan yang digunakan kebanyakan lebih kepada bahasa santai. Konsep berdakwah tu sebenarnya mudah, tak semestinya kena formal sangat. Janji pendengar faham apa yang nak disampaikan. Inilah yang penulis lakukan.

Penulis banyak menggunakan perkataan bahasa arab dalam tulisannya bab demi bab contohnya naqibah (seorang wanita yang menjalankan program agama), mukhayyam (perkhemahan), usrah (program agama), qudwah (teladan yang baik), murabbi (yang luas melebihi tahap mualim), tsabatkanlah (teguhkan pendirian) dan banyak lagi. Usaha penulis dalam menggunakan bahasa arab boleh menggalakkan pembaca menggunakan bahasa arab dalam kehidupan seharian.

Di akhir bab, penulis memilih topik cinta sebagai penutup. Cerita cinta sememangnya favourite aku. Idea dan teknik olahannya sangat baik sehinggakan aku sendiri tak dapat menjangkakan apa yang dimaksudkan oleh penulis. Boleh jadi penulis sudah jatuh cinta ataupun hatinya sedang diintai.

Menjadi seorang wanita solehah adalah impian semua wanita. Memiliki wanita solehah pula adalah impian semua lelaki. Seorang wanita solehah boleh mengubah dunia. Tak percaya? Bacalah dulu. Insha allah, buku ini boleh menjadi rujukan anda.

4/5 bintang

Untuk mendapatkan buku Hungga, boleh hubungi whatsapp wakil #UF Press di talian 018-3278535. Ikuti perkembangan penulis seperti berikut:
Facebook: Nur Afirah
Instagram: @nurafirah_
Twitter: @nurafirahh_


P/s: Buat Nur Afirah, teruskan dakwah anda untuk membimbing lebih ramai umat Islam mendapat keredhaan Allah SWT. 

Ulasan